Saturday, August 31, 2013

Doa Buat Kekasih

Bila Aku Sudah Tiada

Kota Damansara - 31 August 2013. Seorang penulis dan penglipurlara, Azrul Azri Azizi meninggal dunia dalam tidur pagi tadi. Kematiannya dikenal pasti disebabkan rasa bersalah yang kronik serta sindrom memendam rasa tahap 4.Pihak polis mengkategorikan kematian ini sebagai mati mengejut walaupun terdapat unsur-unsur pihak kedua. Beliau berusia 27 tahun.
Beliau yang terkenal dengan penulisan di blog Taman Sang Puteri disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan suka memencilkan diri. Beliau tinggal seorang diri di flat kos rendah miliknya di seksyen 6 Kota Damansara.
Menurut beberapa sumber yang mengikuti perkembangan blognya itu, beliau kelihatan ceria seperti mendapat semangat baru sejak dua minggu lalu. Perubahan itu dapat dilihat dari penulisannya yang mula menceritakan tentang cinta dan harapan. Namun begitu, penulisannya mula berubah sejak semalam namun tidak diketahui motifnya.
Ulasan dari kaum keluarga serta sahabat terdekat tidak dapat diperolehi kerana tiada maklumat lengkap mengenai mereka.


penulisan ini adalah rekaan semata-mata. Ia diinspirasi dari babak di dalam filem Serendipity

You Are Sweet As.....

You Are  sweet as sugar in my morning coffee
You are sweet as a warm chocolate fudge on top of my sundae
You are sweet as a bag of M & Ns that keep me awake while I'm driving
You are sweet as a  pink cotton candy that I crave while waiting for my carnival ride
You are sweet as the caramel pop corn that always stuck at the back of my teeth
You are sweet as the final slice of my  12th  birthday cake
You are sweet as my only valentine card in standard 4
You are sweet as the smile of my first crush
You are the sweet that I will forever crave......................

Untitle

THE FEELING IS TRUE. ONLY THE IGNORANCE IS FAKE

Merdeka????

Hari ini 56 tahun dahulu, sebuah negara bebas merdeka walaupun pada dasarnya ia tak pernah terjajah. Hari ini ketika aku merenung mentari 31 Augustus membuat aku terfikir. Kemana aku selapas ini? Buat seketika aku merasa yang aku di puncak segala. Kini aku merasa terperosok ke dalam jurang perasaan. Rasa yang memakan aku dari dalam. Ini lah penjajah ku. Aku harus merdeka. Bina pencakar langit ini dari bawah. Agar aku dapat menggapai awan untuk aku jadikan kerabu santapannya. Agar dapat aku curi sang purnama. Untuk ku jadikan hiasan lampu malamnya. Agar aku dapat memetik bintang-bintang. Untuk ku jadikan kerongsang selendangnya. Ayuh...Aku tak boleh biarkan rasa ini mati kembali setelah dihidupkan kembali. Hidup bukan sekali tetapi hidup adalah setiap hari................

Ayuh!!!!!!!!

Songstress

My Favourite Female Singer 

1. Jewel
2. Sarah Mclachlan
3. Yuna
4. Diana Krall
5. Norah Jones
6.Joss Stone
7 Diandra Arjunaidi
8.Adele
9.Zee Avi
10. Eva Casidy

Tubuh Badan

Kepala....Sakit
Mata...Tak Mengantuk Lagi
Hidung...Tersumbat
Telinga... Disumbat Kotak Lagu
Mulut...Memamah Cokelat
Rambut....Bahan Ketawa
Jejari...Menaip
Lutut...Asyik Berbuanyi
Tapak Kakki ....Mahu Dipicit
Jiwa....Kosong
Minda...Terlohong
Hati............................PADA DIA

Wahai Orang Hati

Wahai Orang Hati
Kenapa Kau Mahu Menangisi
Sebuah Episod Yang Tak Mampu Kau Akhiri
Hargai Apa Yang Kau Ada, Lepaskan Apa Yang Tak Pasti
Jalan Hidup Ini Cukup Luas Untuk Kau Jalani....Sendiri

Wahai Orang Hati
Pijaklah  Di Bumi Tuhan
Ianya Keras Berbatu Batan
Ia Membatas Segala Jatuhan
Agar Kau Tak Terus Rasa Kehilangan

Wahai Orang Hati
Kau Terlalu Lama Bermimpi
Ini Bukan Cinta Tapi Nafsi
Itulah Asbab Kau Disakiti
Gunalah Akal Bukan Hati

Wahai Orang Hati
Ku Tahu Rasa Ini Tak Mungkin Mati
Terus Membakar Hangat Menjadi
Habis Malam Terbitlah Mentari
Maknanya bermulakan sebuah Hari

Wahai Orang Hati
Sudah Tiba Masa Untuk Kau Akhiri
Sebuah Lembaran Yang Sarat Berisi
Aku Tahu Kau Rasa Disakiti
Tapi Itulah Harga Bila Kasih Dan Hati Kau Beri........................

Jurang

Jurang Ini Makin Memisahkan
Apabila Kebaikanku Tidak Kau Hiraukan
Jurang Ini Makin Menjarakkan
Apabila Kelemahan Ku Kau Ungkitkan
Jurang Ini Mencemar
Apabila Semua Lakuku Kau Tak Gemar
Jurang Ini Makin Mencabar
Apabila Kita Sudah Mula Hilang Sabar
Jurang Ini Makin Dalam
Apabila Kau Mula Menyakiti Dalam Kelam
Jurang Ini Makin Menyeksakan
Apabila Kau Tak Mahu Akui Kesilapan
Jurang Ini Makin Berlalu Deras
Apabila Tuduhanmu Sudah Mula Tak Berasas

Friday, August 30, 2013

Kau Dan Aku

Kau Peramah Aku Pemarah
Kau Ceria Aku Duka
Kau Comel Aku Asyik Mengomel
Kau Cantik Aku Terbalik
Kau Manis Aku Bengis
Kau Pencetus Aku Tak Mahu Meletus
Kau Pengundang Aku Pendendang
Kau Di Kagumi Aku Dijauhi
Kau Positif Aku Tak Aktif
Kau Penduga Aku Tak Tahu Apa
Kau Berseri Aku Bersendiri

Thursday, August 29, 2013

Malam Ini Kataku Pada Hati

Malam semakin larut.Aku masih berbual bersama hatiku.
Dikala si dia dalam nyenyak, aku bertanya pada hatiku.

Dimanakah kita?
Ke mana arah kita?
Adakah ini benar?
Apakah isi hatinya?
Adakah hatinya sudah tersedia untuk kita?
Adakah engkau wahai hati sudah bersedia untuk diam bersama hatinya?

Penantian ini menyeksakan.

Bagaimana pula dengan dia??????

I Love You

The Villain In Me

My Top On Screen Villain

1. The Joker (Heath Ledger) - The Dark Knight
2. Don Vito Corleone (M Brando & R De Niro) - The Godfather 1 & 2
3. Russel Hantz - Survivors
4. Galvatron - Transformers The Movie
5. Gabriel Gray a.k.a Sylar (Zachary Quito)- Heroes
6. Labu Bin Kundur (M Zain) - Labu & Labi
7. Miles "Wolf" Mayhem w/ Switchblade - M.A.S.K
8. Joey, Dee Dee & Marky Cockroaches - Oggy & The Cockroaches
9. SS Colonel Hans Landa (Christoph Waltz)- The Inglourious Basterds
10.Marwan (Lukman Sardi) - 9 Naga

There will be no heroes without villains 

Dirimu

Dirimu Begitu Hebat
Membuatku Bernafas Tenat
Tak Terungkap Apa Yg Di Niat
Tak Tertunai Apa Yg Di Hajat

Dirimu Begitu Indah
Membuat Hatiku Keluh Kesah
Membuat Jiwaku Gundah
Keputusan Menjadi Tak Mudah

Dirimu Begitu Istimewa
Tidur Ku Kini Tak Pernah Lena
Belum Makan Sudah Sendawa
Hanya Wajahmu Terpapar Dimata

Dirimu Membuatkan Ku Serba Tak Kena
Walau Kelibut Tapi Ku Suka
Setiap Degupan Bergetar Gila
Fikiran Melayang Entah Kemana
Senyuman Terukir Tiap Kali Kau Sapa
Bila Kau Diam Hatiku Hampa

Tuesday, August 27, 2013

Jika.......

Jika kau merasakan penantian ini menyeksakan, nescaya kau sedang merinduinya.
Jika kau merinduinya, nescaya kau mencintainya.
Jika kau mencintainya, jadikan dia insan yang paling bahagia.......

Bukan Mudah Menjadi Aku Segala

Aku Tak Bisa Terbang
Aku Tak Mampu Berenang
Terus Bersuluh Didalam Terang
Bahagian Diri Ku Yg Lebih Senang

Aku Bukan Sekadar Sebentuk Rupa
Aku Bukan Sekadar Sekujur Raga
Aku Bukan Sekadar Bunyi Nada
Bukan Mudah Menjadi Aku Segala

Kalaulah Air Mata Ini Dapat Aku Jujurkan
Kan Ku Melutut Di Bumi Tuhan
Walau Dusta Ku Jalankan
Mencari Arah Pulang Yang Tak Kelihatan

Seperti Cerita Karut Mencuka
Aku Juga Bisa Terluka
Aku Juga Bisa Berduka
Aku Juga Bisa Menduga
Aku Juga Bisa Terlupa
Bukan Mudah Menjadi Aku Segala

Aku Hanyalah Seorang Pria
Mencari Kelemahan Di laluan Sehala
Aku Hanyalah Seorang Pria
Membina Kelebihan Setiap Masa
Aku Hanyalah Seorang Pria
Menyimpul Tali Hatinya Untuk Si Daranya

diinspirasi oleh lagu "Superman (It's Not Easy) - Five For Fighting



Monday, August 26, 2013

Jadikan Aku Berani

Masa Berlalu Deras Meninggalkanku
Yang Masih Berdiri Dalam Tunggu
Fikiran Termanggu Kaki Dipaku
Masih Lagi Dalam Takut Untuk Melaku

Jadikan Aku Berani
Untuk luahkan Isi Hati Ini
Untuk Mengucapkan Kata Kasihi
Jadikan Aku Berani
Untuk Dapatkannya Dalam Berlari
Untuk Miliki Cintanya Ini
Jadikan Aku Berani
Untuk Mengakui Semua Ini
Bahawa Hati Ini Telah Tersimpul Rapi

Sunday, August 25, 2013

Keliru

Titisan air mata membasahi hati
Umpama hujan membasahi bumi

Gerhana di sanubari
Gelap menyelimuti jiwa
Roh melayang mencari jasad
Jasad yang kosong tiada empunya.

Resah dan gelisah bertandang
Membawa seribu satu pertanyaan
Menodai benak fikiran
Entah berjawab entahkan tidak 

Lalu bertanyaku pada sang angin
Yang asyik membuai dan menghembus setiap helaian rambutku
Bertanyaku juga pada sang pasir
Yang menjadi tempatku mengukir bait-bait yang bisu

Adakah ku harus pergi?
Meninggalkan semua kecelaruan ini
Ego jika kutinggalkan
Sakit jika kumenetap
Ah, rumit sekali!

Sang pasir kekal membisu, kaku
Sang angin membawa pergi persoalanku dengan angin lalu
Keliru, dan itulah aku.

-FF-

Carta Makanku (exclude home cooked food)

1. Mee Goreng - Mee Abu Alor Star
2. Ais ADO - Medan Selera Slim River
3. Nasi Kandar - Line Clear Penang
4. Koew Teow Goreng - Dolly's Taiping
5. Burger - The Burger Shope Subang
6. Pasta Arabiata Meatball - William's Tmn Mayang PJ
7. Nasi Lemak - Gerai Haji Din Tg Malim
8.Laksa - Padang Polo Ipoh
9. Briyani - Warung Tajudin Lorong Bandaraya KL
10. Kopi - Kopi Cap Rusa Wondermilk Damansara Utama

Taman Sang Puteri

Adanya untuk mengembirakan Sang Puteri
Baginda bisa bermain dikala bosan
Baginda bisa bercanda dimasa lara
Baginda bisa menghidu wangi bunganya
Baginda bisa menikmati sejuk air dikali
Baginda bisa menghirup udara segarnya
Baginda bisa menikmati keindahannya
Namun walau bahagianya Sang Puteri disini
Tempatnya tetap di mahligai tinggi

Besarnya Hatimu Ayah

Rasanya Sudah Bertahun Lama
Sekujur Tubuh Kurus Ini Longlai
Tubuh Yg Dulu Gagah Berdiri
Menyara Keluarga Tanpa Penat Lelah

Besarnya Hatimu  Ayah
Hatimu Penuh Rahsia Lagakmu Penuh Ceria
Maafkanku kerana tidak menjadi walau sesuku dirimu
Besarnya Hatimu  Ayah
Tiap Kurdatmu hanya Untuk Kami Seisi
Usaha Tanpa Lelah Walau Dalam Lesi
Besarnya Hatimu Ayah
Tiap Katamu Penuh Makna
Walaupun Aku Tak Pernah Mencuba

Ayah
Walau Kau Tidak Penah Menyisir Rambutku
Tapi Ku Tahun Kau Sayang Padaku
Walau  Kau Tak Pernah Mengucup Pipiku
Tapi Aku Tahu Kau Anggap Aku Segalanya Untukmu
Walau Kau Tak Pernah Memeluk Tubuhku
Tapi Ku Tahu Kau Sentiasa Ada Untukku
Walau Kau Tak Pernah Menyuapiku
Tapi Ku Tahu Kau Akan Lakukan Segala Agar Perut Ini Diisi

Ayah
Kini Masa Untuk Aku Menjagamu
Menunai Tiap Janji Yang Sudah Termaktub
Walau Ini Tak Akan Mencukup
Ku Tahu Kau Memahami

Oh Tuhan
Kau Lindungilah Ayah
Kau Sediakan Dia Untuk Tabah
Kau Kuatkan Hatinya
Limpahkan Rahmat Untuk Kami Seisi

Aku Si Penakut

Saturday, August 24, 2013

Lagu Ini Sangat Comel....Comel Seperti Kamu




Oh Dunia

Peluh Para Marhain Adalah Darah
Darah Yang Terus Diperah Para Serakah
Tulang Temulang Haus Yang Terus Dikerah
Agar Si Cukang  Bangsat Terus Berdekah
Mengaut Segala Kemakmuran Dari Semua Arah
Di Atas Usaha Mereka Yang Kian Parah

Oh Dunia....Bersultan Di mata Beraja Di Hati
Yang Di Bawah Akan Terus Di Biar Mati
Menggapai Tangan Di Beri Api
Yang Di Atas Akan Terus Mencuri
Setiap Segenap Setapak Seinci
Bila Akal Tiada Yang Ada Nafsi
Kemanusiaan Diperkosa Kehidupan Dinodai

Oh Dunia....Bukalah Mata
Dunia Ini Hanyalah Sementara
Hentikan Lakonan Tamatkan Sandiwara
Uruskanlah Ia Untuk Mendapatkan KeredhaanNya
Kita Semua Adalah Bersaudara
Tidak Kira Rupa Dan Warna
Tidak Kira Apa Darjat Atau Harta
DisisiNya Kita Sama Sahaja.......


Perjalanan

Carta Laguku


1.  Yellow - Coldplay
2.  You Were Meant For Me - Jewel
3.   Decorates - Yuna
4.   Anugerah Terindah Yabg Pernah Kumiliki - Sheila On 7
5.   Boo Hoo Clapping Song - Carburator Dung
6.   Fix You - Coldplay
7.   Killing In The Name Off - Rage Against The Machine
8.   Animal - Pearl Jam
9.   Kasih Tak Sampai - Padi
10. Kukatakan Dengan Indah - Peterpan

Friday, August 23, 2013

Diammu Dihati Ini

Telah lama ruang ini kosong
Menanti  pada jejak2 lohong
Ramai yg berdusta bohong
Menumpang pada teduhan bumbung
Telah kusiapkan untukmu mahligai ulung
Agar sunyi ini dapat ku bendung

Sudikah kau menghuni hatiku
Kan ku persembahkan irama Dan lagu
Kan ku jaga segenab perlumu
Kan ku teduhkan kulit mu dari mentari lalu
Kan ku hangatkanmu dari rindu bersalju

Andai kau sudi bersamaku......

Pagi Ini Hujan

Lebat sungguh hujan pagi ini
5.30 pagi sudah menderu turun
Ibu kota boleh banjir bisik hatiku
Berkereta aku hari ini angkara hujan
Dengar 97.6 pada 6.50 pagi
Ayat pertama yg ku dengar...."jujurlah sayang aku tak mengapa"
Bibir tersenyum.....ia membuat hariku

Lisan Si Pengecut

Hati..kenapa kau tak mampu berkata?
Lisan ini terlalu pengecut untuk mengakuinya
Langkah ini terlalu lemah untuk bergerak.
Mata ini telah buta untuk melihat

Kemanakah jalan ini akan membawaku
Menuju mahligai sang puteri atau sangkar berduri
Tidak lagiku mampu rimakan kata-kataku
Hati ini sudah mula berkata-kata
Kata dihati di kata gila
Kata dihati menjadi penyakit jiwa
Bahagia itu untuk semua yang berusaha
Sengsara itu hanyalah untuk si bacul
Membunuh dari dalam...dimamah dalam diam

Hati....berkatalah dengan ikhlasnya
Ada hati yang bakal terluka
Ada  jiwa akan  melara
Namun selagi lisan ini bacul dan pengecut
Tangan puteri tak akan ku sambut
Aku bukan sang purnama yang cahayanya penuh mistikal
Tetapi hanya bayangan lemah pada lautan yang tak berakal

AAA 23/8/2013 2.46pagi



Thursday, August 22, 2013

Rahsia

Dilipat, disemat rapi,
Di dalam suatu sudut diri.

Kapan ianya diselongkar oleh si musafir,
Kata hati, tak tahan,
Kata akal, jangan,
Kata hati, gila!
Kata akal, rahsia.


-FF-

Wednesday, August 21, 2013

Hey Orang

Hey orang bawah
Kau jangan mahu aku turun ke bawah
Tak akan aku rendahkan maruahku
Tak akan aku jual prinsipku

Hey orang di kiri
Tak rela ku laku kerja busukmu
Tak mahu ku bersalut lumpur noda
Bukan azali aku di sini

Hey orang di kanan
Kau sama sahaja dengan mereka
Tanpa fasaj kau sama sahaja
Kadangkala lebih hina lagi
Keluarkan segala pura-pura

Hey orang atas
Tak mahu aku ketingkat mu
Riak, ego, takbur itulah santapan mu
Aku lebih rela disini
Berdiri penuh sedar dalam keserdehanaan

Oh tuhan....biarkan aku Di sini.......

Haruskah Aku Mencintaimu

Haruskah aku mencintaimu?
Yg sering mengisi malam sunyiku
Haruskah aku mencintaimu?
Yg menghidupkan kembali semangatku
Haruskah aku mencintaimu?
Yg membuatkanku mengukir senyuman lagu
Haruskah aku mencintaimu?
Yg bijak menduga isi hatiku
Haruskah aku mencintaimu?
Yg menawan dan manja pada mataku
Haruskah aku mencintaimu?
Walau hatimu bukan milikku

Tuesday, August 20, 2013

Tujuh Ogos Lalu

Hari dimana direstu apa yang dibangkang
Hari dimana bersatu yang terpisah
Hari dimana marah menjadi sayang
Hari dimana benci menjadi cinta
Hari dimana sangsi menjadi percaya
Hari dimana kosong menjadi isi
Hari dimana terungkai semua persoalan
Hari dimana aku belajar menyayangi lemahmu
Hari dimana aku memuja lebihmu
Hari untuk segala hari kita

Monday, August 19, 2013

Apa yang harus.....

Perasaan ini tak pernah aku rasakan
Hangat umpama gurun-gurun kepanasan
Sejuk laksana kutub-kutub disatukan
Resahnya umpama gelisah bermalaman
Indahnya umpama istana kayangan

Ini harapan.....harapan yang penuh misteri
Adakah aku layak di sisi
Adakah aku bisa nemberi
Adakah dia setia disini
Adakah dia akan fahami

Adakah aku harus hanya menanti
Menanti bayu menyapu terjejaknya kaki
Adakah aku harus terkejar berlari
Pada garisan yg belum tentu menanti

Identiti

Assalamu'alaikum w.b.t.


Felisha nama yang diberi,
Cantik bak sang puteri,
Dikala malam menyapa,
Dia termenung entah mengapa.

Lalu sang bulan datang menyinarinya,
Mengintai isi hatinya,
Si gadis tetap tenggelam,
Di dalam gelap malam yang suram.

Masih terkial-kial dia,
Merangkak dia,
Dalam mencari identiti diri,
Yang tidak pasti.


-FF-

Sang Puteri dan Purnama (Sambungan)

Sambung...

Arakian kisah mereka berdua,
Hati tertunggu tak terduga jua,
Hingga datang waktu gerhana,
Purnama lupus setiap rupa,
Hanya tinggal pekat gelita.

Wahai purnama beta,
Kemana dikau berada,
Rindu ini sudah dipersada,
Sunyi ini mencengkam jiwa,
Dimana purnama beta.

Longlai sendi sang puteri,
Jiwanya kosong tak berisi,
Merangkak terus menyepi,
Dicelah-celahan batuan laut berapi,
Lemas tidak bertepi.

Tatkala tamatnya gerhana,
Muncullah purnama dibalik hijabnya,
Hatinya sarat berbunga,
Menyapa puteri Felisha,
Tanda disedari puteri sudah tiada,
Dimakan sunyi jiwa laranya.

Kini purnama menyendiri,
Walau berjuta memuji tinggi,
Dirinya hanya untuk puteri.


-AAA-

Sunday, August 18, 2013

Bunga Hati

Harum mekar setaman bunga
Tumbuh mekar hiasan dunia
Cantik menawan pelbagai warna
Ku lihat mentari tersenyum suka

Ingin ku sunting bunga mewangi
Menjadi hiasan mrnempuh hari
Kan ku petik berkenan dihati
Dengan restu pekebun jati
Agar kau bisa kumiliki
Layumu nanti tersemadi di hati

Oh Hati

Wahai hati bersabarlah
Telah berdegup laju tanpa lelah
Rawatlah luka  menunggu belah
Walau pahit jangan di ludah
Perit tak bererti musibah

Wahai hati tabahlah
Dugaan datang bersama hikmah
Ujian pergi menjadi sejarah
Jangan menunding mencari salah
Teruskan usaha tak kenal kalah
Carilah penawar tersembunyi celah
Bukan susah tapi tak mudah....

Ibu

Ibu....
Berbatu ranjau mencucuk langkahmu
Tetapi kau tetap diam seribu
Beribu duri menusuk telapak kakimu
Tetapi kau tetap menuju
Menuju kebahagian yang kau sedia untuk anakmu
Anakmu yang tak tahu menghargai dan dungu

Ibu
Adakah aku bisa menjalani ranjau yang sama untukmu?
Adakah kan ku tahan telapak kaki tertusuk duri seribu?
Anakmu ini kian lalai dengan kebahagian yang palsu
Alpa untuk memberikanya semula padamu

Ibu
Ku tahu maaf ini tak dapat mengisi ruang kosongmu
Yg telah kuragut sekian lama dahulu
Halalkan segala titik susu
Halalkan suapan dari tanganmu
Anakmu ini akan selamanya dungu
Selagi dia masih tidak kehilanganmu

Jangan Heret Adam Ke Neraka

Jagalah tuturmu agar ia tersusun rapi
Jagalah kulitmu agar ia mulus tak untuk semua
Jagalah rambutmu agar ia ikal pada yang hak
Jagalah matamu agar ia tidak bersinar tajam
Jagalah senyummu agar ia tak dikucupi
Jagalah kehormatanmu agar ia tetap tinggi
Jagalah tuturmu agar ia tersusun rapi
Jagalah hatimu agar hanya untuk Dia
Jagalah dirimu wahai Sang Hawa
Agar tak terheret Sang Adam ke pintu seksa

Puisi - Tentang seseorang - Dian Sastro

Sang Puteri Dan Purnama

Felisha si puteri kayangan
Jiwanya kosong fikiran gentayangan
Turun ke bumi penuh harapan
Mencari pengisi sekala kesunyian

Disapa purnama tinggi
Sepi...dan sendiri aku benci
Sudikah kau menemani
Beta kini dilanda sunyi

Lantas sabda sang purnama
Tuan puteri dan hamba tak seumpama
Yg mulia dan yang hina
Tak terturut apa yang didamba

Sinari beta dari jauh letakmu
Agar sembuh lukaku
Walau kita takkan bersatu
Kau tetap purnamaku