Monday, June 30, 2014

Kau Orang Suci??

Melihat dari tempat tinggi
Katanya untuk mengelak yang kotor dan keji
Kononnya kau terlalu suci
Dari semua khalayak kami
Tak layak untuk sama berdiri
Kau anggap laksana  hamba abdi
Walaupun ternyata sama pada sisi Ilahi

Kaulah hakim duniawi
Menjatuh hukum membuta tuli
Tanpa fikir aib yang harus ditutup teliti
Tanpa jangka kesan yang pasti sukar dibaiki
Tanpa agak kelemahan yang akan mula diperhati

Perhatilah diri sendiri
Jangan hanya ikut sesuka hati
Tuhan hanya menghakimi sesudah kita mati
Layakkah kau menghukum tika masih ada denyut nadi?
Kau bukan orang suci
Jangan biarkan hati bergelumang tahi

Saturday, June 28, 2014

Tanpa Kata

Tanpa kata aku terus merinduimu
Tanpa kata aku tetap memujamu
Tanpa kata aku duduk menantimu
Tanpa kata aku yakin mencintaimu
Tanpa kata aku tekad menyayangimu
Tanpa kata aku jujur memangkumu
Tanpa kata aku nekad memelukmu
Tanpa kata aku cekal memburumu
Tanpa kata aku setia mengikutmu
Tanpa kata aku tabah menuggumu
Tanpa kata aku akur kau sudah jemu

Friday, June 27, 2014

Kembali

Rimbunan mega mendung
Memayungi hidup ku tanpa bendung
Jauh tersasar tersalah harung
Sepatu cara ku salah sarung
Menuruti niat yang sudah lama terpesong
Hidup untuk terus berlawan tarung
Nafsu dan rasa bersilih usung
Menarik ku terus hanyut tak kenal untung

Adakah ada lagi cahaya Mu
Pada aku yag telah lama dungu
Tak habis dengan khamar dunia dan lagu
Terhapus segala segan dan malu
Hingga dugaan datang memalu pintu
Atau sebenarnya bala yang jengah bertalu
Baru aku sedar dan tiada ragu
Bahawa dunia ini mainan yang palsu

Ya ilahi
Aku kini mencari kembali
Jejak yang telah lama aku lupai
Ku mahu menjejak Mu Maha Pengasihani
Yang menerima hambaNya yang mula terkalih hati
Jalan Mu ini ku akan jalani dengan teliti
Tanpa rasa ragu lagi
Terhiris dengan sakit diuji
Kau lupakan lah aku pada rasa mendabik tinggi
Kau pendamkan rasa ku yang membongkak diri
Pahatlah hatiku ke tanah bumi
Kerana disitulah jasad aku akan bersemadi
Bila roh kau jemput untuk kembali

Terbang Tunduk





Jarang lagu boleh membuat bulu roma aku meremang. Lagu ini salah satu yang berjaya. Lagu yang sarat dengan rasa rendah diri. "Pasakkan Hatiku Pada Kaki"

Eh Kamu

Assalammualaikum kamu
Ya kamu
Yang di situ
Iyaaa memang kamu
Iyalah yang itu
Lesung pipit menghias senyum malu
Tiap kali ketawa tersipu-sipu
Mari sini kepada ku
Duduk bersama ku sebangku
Aku tak akan buat apa yang kau tak mahu
Mari...ayuh....cepat.....tetapi jangan terburu
Fikirlah dalam-dalam dahulu
Sebelum lidah aku kelu
Mahu berkata pun tak lalu
Tak akan aku tenung mata mu yang ayu
Kalau itu yang buat kau kaku
Biar pandang ku ubah tuju
Asal kau ada disebelah ku
Iya memang kamu...........
Ada yang perlu aku bicara dulu
Beraja sepi dihatiku memang selalu
Sudikah kau menjadi ratu?????
Eh kamu
Jangan pergi dulu
Salah ke tutur kata aku????

Tuesday, June 24, 2014

Debu Berkilau

Debu yang berkilau itu adalah aku
Bukan permata atau kaca palsu
Aku ada menghibur mu kala permata itu berlalu
Aku ada menyinar mu takkala kaca itu terlerai haru
Aku akan sentiasa bersama mu
Berkilau indah menghisa hidup yang berlaku
Carilah aku
Maka akan kau ketemu jalan lurus tak berliku
Walau jalan itu tanpa aku
Akan ku berkilau tanpa jemu
Agar kau ceria menghadapi seru
Aku lebih cantik dari permata itu
Aku tak sehina kaca yang ternyata palsu

Tuesday, June 17, 2014

Sebuah Kematian Satu Perkahwinan

Hari itu...sekujur tubuh henti hela
Sekeliling menangis hiba
Meratap perginya sekujur cinta
Akan pergi selama
Tersesal perkelahian yang tadi ada
Kini terkedu tak menerima berita
Di perkuburan esoknya
Hujan mencurah seperti bersedih jua
Namun terhenti bila waktu sudah tiba
Umat berkejaran ke lahat tersedia
Tanah basah bertaburan duka
Mulut  busuk mula berbicara
Azab Tuhan datang kini kononnya
Tapi dia bukan lagi disini adanya
Di barzah dia inap seketika
Ujian itu adalah untuk kita
Kerana masih erat gengam dunia

Hari ini...dua hati bersatu jua
Mengikat ukhwah umat Baginda
Keraian ditabur laksana lupa
Tak hirau cabaran yang menanti dihari seterusnya
Biar tumbang lembu segala
Ayam ayam rela putus nyawa
Sanak saudara datang jauh menyapa
Pada hati yang sudah angkuh bergaya
Tersalah lontar besar bicara
Kini diraikan tak peduli siapa
Lupa pada tenaga yang meraikannya
Ujian ini untuk dia
Juga untuk kita
Mulut henti..hati pula bicara
Hati yang kosong tak akan penuh ruangnya


Gadis Yang Tiada Rupa

Gadis itu
Jangan diperlaku begitu
Bukan dia pinta untuk punyai rasa yang satu
Tiap manusia punya ingin dan nafsu
Maklumlah dia tiada rupa yang buat kau termanggu
Paras yang buat kau terpaku
Perasaannya bukan palsu
Bukan hanya dibuat buat mahu
Bukan mahu diterima melulu
Tetapi berikan dia hak hormat yang semua insan perlu

Gadis tadi
Kalaulah rupanya cantik bak puteri
Mungkin kau sudah pugi melangit tinggi
Laksana tiada siapa yang cantik lagi
Tapi adakah itu datang dari hati
Atau sekadar dari nafsi
Bila dia kau pandang dengan fikiran sekotor tahi
Usang omong pada cinta pandang sekali
Atau dia yang selama yang kau cari
Bila kau tak kenal segenap hati

Tiap gadis adalah amanat Ilahi
Kepada segala insan bergelar lelaki
Pandanglah dengan mata hati
Sempurna itu sifat manuasia yang jauh sekali
Akan ada yang kurang tak diberi
Jangan dipilih kerana rupa semata kali
Pilihlah agamanya yang menghias diri
Jangan diperlaku mereka sebergini
Apa kamu yakin zuriat mu cantik dibelakang hari?

Thursday, June 12, 2014

Lawan Arus

Langkah aku sering menongkah
Dalam hidup mencari arah
Tak gemar pada apa yang orang sudah
Temui jalan sendiri tanpa meludah
Tak mahu hidup terkongkong gundah
Mencari yang tidak biasa serah

Hidup ku sering melawan arus
Keinginan yang tak kurus-kurus
Ku tetap mencari jalan yang lurus
Tapi bukan pada yang kebanyakan urus
Biar berpandangan tirus
Dari hati membuta terus

Tingkahku berkontradiksi
Tak seperti mereka yang hidup berpaksi
Hanya betul bila bersaksi
Walau adakala mengikut nafsi
Itu lumrah hidup duniawi
Tetapi semua ini tak pernah aku sesali
Kerana aku tak mahu hidup hanya jadi

Sunday, June 8, 2014

Kecil

Semalam.....aku lemas dalam himpit berjuta perasaan
Pada rasa yang enggan melepaskan
Pada jiwa yang saling memerlukan
Kecilnya aku di depan Mu
Menadah tangan membuat laku
Salah terjana tanpa ragu
Hingga datang murka Mu
Sampai tiba bala Mu
Jiwa yang tak pernah tenang menunggu
Meraih simpati dalam perlu
Masih ku ingat waktu itu
Waktu tawa ku berbahak tanpa malu
Diri Mu tiada dalam ingatan
Yang aku tahu hanya sedap amalan
Makanan pada nafsu yang menunggu jalan

Kecilnya aku yang kini di bawah naung Mu
Aku yang lemah lagi busuk bau
Terimalah segala sesalan ini
Berikan aku kekuatan untuk tidak mengulang lagi
Aku tak terdaya seorang diri
Bila hampir sendiri mati
Aku merayu padaMu Ilahi
Aku hanya insan kecil yang tiada siapa peduli


Wednesday, June 4, 2014

Hidup Rakyat Bangsa

Hidup laksana sudah diatur
Tiap hari memusing mesin-mesin pesanan
Mengayakan yang udah kaya
Memiskinkan yang sudah sedia miskin
Di tengah terus terhimpit sepit
Keperitan untuk terus bernafas
Digunakan oleh khinzir-khinzir buncit
Agar terbuai ke dalam perangkap
Perangkap yang menangkap
Walaupun secara serkap
Tinggallah di rumah batu
Walau harganya berjuta tiap satu
Ambillah wang ini tanpa malu
Asal bunganya dibayar selalu
Tersepit kini mula terbenam
Angkara kemahuan yang tak henti senam
Kaca televisi memamapar apa yang enak
Lalu dijadikan apa yang hendak
Khinzir-khinzir lihat dah gelak
Tak lama lagi akan dapat denak
Biarkan mereka senak
Asal khinzir dapat segala kehendak

Itulah kehidupan bila adil yang mereka hendak
Bukannya segala diletak pada yang hak
Otak fikir sudah lama gerak
Cuma tinggal kain sahaja untuk diselak
Biar aib semua orang nampak
Hati khinzir penuh hapak
Menekan semua asal capai segala tempelak

Tuliskan Sebuah Misteri

Tak tahu mana arahku
Menulis tanpa arah tuju
Dahulu dia inspirasi segala lagu
Kini diam berbalas kata satu
Ku biar dia hidup tanpa seru
Mungkin dia terasa jemu
Kerana aku yang berbuat laku

Ku tuliskan sebuah misteri
Tanpa misi tanpa erti
Aku sudah kurang peduli
Walau harapan masih menanti
Biar rasa bertukar mimpi
Jangan mimpi menjadi ngeri

Ku mahu rasa ini menjadi misteri
Kerana aku tak mahu membenci
Walau rasa tersiat hati
Menggapai dia yang tiada lagi
Doa iklas mengiringi
Ku mahu in mesjadi misteri
Hanya kita yang memahami

Tuesday, June 3, 2014

Pedulikan Mereka

Mulut memang tak mudah ditutup
Walaupun tingkap semua sudah dikatup
Kepala pun bukan boleh letup
Pedulikan mereka semua
Teruskan langkah laksana juara
Tiap kita tidak sempurna
Biarkan mereka terus berkata
Putarkan lagu itu semula
Biarpun kesat liriknya tapi tak mengapa
Kotor bisa menjadi penawar adakala
Teruskan langkah laksana juara
Hidup ini adalah sementara
Jangan dihambat duka
Mereka semua tak bisa meneka
Apa yang terbuku di hati sana
Jelas nyata hudup bukan untuk mereka
Yang tahu hanya meminta
Tak tahu memberi rupa
Pedulikan mereka
Teruskan langkah laksana juara

Monday, June 2, 2014

Ku Rela DiTanganNYA

Dari berdepa aku menadah
Kerana tiada kekuatan lagi mampu ku kerah
Semuanya kelam tiada arah
Ditutup barah-barah punah
Disamping dengan sumpah seranah
Yang tak pernah sudah-sudah
Laksana besar betul salah
Jiwaku yang yang kian parah
Makin busuk bernanah
Tiap asakkan adalah anak panah
Terlancar dari jiwa yang tersayang
Menghasut tanpa bayang
Takkala hanya jiwa terawang
Waktu itu terlancar serang
Tak terampun segala larang
Biar puas biar henti berang
Yang penting nafsu terangsang

Ku rela berada ditangan Mu
Yang maha menghukum dan maha pengampun
Tak ku gusar apa yang akan datang merumpun
Telah ku lakukan segala yang terhimpun
Pengadilan Mu adil, pengadilan Mu Tekun
Bila tiba masa untuk berhimpun
Aku hanyaah sehelai daun.....................

SERIPUTEH





(Altimet)

Dia hanya berkawan

Hatinya ikhlas dibalas tohmahan

Dilempar tuduhan dia pertahan

Hatinya Wan Darus bukan Deraman



Ditusuk sebilah mati tak makan

Diganti bilah lain tidak punya warisan

Sebutir sumpahan biar putih mengalir

Tujuh keturunan rezeki kamu takkan cair



(Myo)

Sumpahan lagenda racuni segalanya

Kekal tidak berdarah Seriputeh berpuaka



Bridge

Jong jong, jong inai, jong inai, jong inai

Mak ipong Rajawali

Tersepak tunggul inai, tersepak tunggul inai

Berdarahlah ibu kaki



(Myo)

Sumpahan lagenda racuni segalanya

Kekal tidak berdarah Seriputeh berpuaka

Laksana kehidupan usahlah bersempadan

Cekal kita bersatu hargai cinta bersama

Sumpah Pendekar





Kugiran muda kini mula menengahkan musik berjiwa tempatan. Selain dari menyanyi  dalam bahasa melayu, lirik-lirik begini yang meniup semangat nasionalis. Berbeza waktu aku mula-mula mengenali musik sebegini sekitar awal 90 an. Semua mahu jadi Cobain, mahu jaket seperti Vadder, mahu misai seperti Hetfield, mahu gila macam Ozzy. Seinggalah OAG dan Flop Poppy mengeluarkan lagu melayu (walaupun The Pilgrim pernah menyanyi dalam bahasa melayu), mula kugiran-kugiran besar mula menyanyi dalam bahasa melayu. Kugiran-kugiran seperti Butterfingger, Langsuyr dsb mula menyanyi dalam bahasa melayu.



Hingga kini, rata-rata kugiran "buat sendiri" menyanyi dalam bahasa melayu dan lirik2 mereka penuh jiwa nasionalis yang dekat dengan aku. Ini salah satunya



Bunga-bunga berguguran

Mana menghilang

Harapan kecundang

Bisa bangkitkah lagi



Jika kita asyik melapah

Daging saudara sendiri

Robohlah kota cita-cita kita



Sudahkah kita lupa pada ikrar pemuda



Lupakah pada sumpah pendekar

Berpegang pantang main kepala

Berjanji takkan jual maruah

Takkan bertikam sesama

Itulah janji kita



Konon di satu masa

Kita dipandang tinggi

Kini bergelimpangan

Tubuh yang tumpas

Di lorong-lorong hanyir

Di pembuangan najis

Dari kerakusan sendiri



Janganlah kita lupa pada ikrar pemuda

Sudahkah kita lupa pada ikrar pemuda



Lupakah pada sumpah pendekar

Berpegang pantang main kepala

Berjanji takkan jual maruah

Takkan bertikam sesama

Itulah janji kita



Lupakah pada sumpah pendekar

Itulah, itulah janji kita



Lupakah pada sumpah pendekar

Berpegang pantang main kepala

Berjanji takkan jual maruah

Takkan bertikam sesama

Itulah janji kita



Lupakah pada sumpah pendekar

Berpegang pantang main kepala

Berjanji takkan jual maruah

Takkan bertikam sesama

Itulah janji kita




Sunday, June 1, 2014

Katalah Sesuatu

Terdiam
Murung mendalam
Tak tertulis dengan kalam
Hari yang kian larut malam
Mata tak terpejam
Kasih yang sudah lama tak tersiram
Berkatalah wahai makhluk alam
Menunggu dalam suram
Mutiara masih di dalam tiram
Takut yang bertukar seram
Hati kian muram
Kerana mulut masih terkemam
Tubuh makin lebam
Muka yang kian legam
Marah menunggu dendam
Rasa rindu yang tak pernah padam
Luahan yang sudah lama pendam
Kata-kata itu tak mampu lagi di hadam
Tak tercerna umpama keras ladam - ladam
Hati kan terus jadi khadam
Berkatalah sesuatu.....jangan diam

Tutup

Jujurlah
Apa lagi yang mahu dicelah
Tak habis-habis mahu berhelah
Aku sudah lelah
Pantulanmu tak kalah-kalah
Aku yang kau bilang telah berubah
Tetapi itu hanya mahu menutup apa yang salah
Luka ini kian parah

Kini mahu ku tutup semua
Mengahiri apa yang aku mahu hidup semula
Kau ternyata masih enggan percaya
Seperti aku ini sang pendusta
Walau aku cuba mengumpul daya
Bagi berdiri kembali membara
Kau yang menutup segala
Kau yang membunuh cara
Kau yang menimbus upaya
Kau yang menghapus gembira
Kau yang menyadur duka
Telah aku sedar dari segala alpa
Jalan ini takdirnya ditutup semua
Yang ada hanya sakit dan luka
Pada aku yang mencari cinta
Dan kau yang meburu gembira