Friday, November 15, 2013

Iris

Dan aku lepaskan segala untuk bersamamu
Kerana ku tahu kau rasa yang sama
Mencintaimu laksana mimpi di syurga firdaus
Dan ku mahu terus terlena dibuainya

Ku dapat rasa setiap detik
Yang ku hela hanya dirimu
Ku tahu ia akan berakhir di satu ketika
Ku mahu terus bersamamu malam ini

Ku tak mampu menahan khalayak menghakimi ku
Kerana mereka tidak akan sebenarnya mengerti
Pabila semua yang tercipta pasti pudar
Aku hanya mahu kau sedari diriku

Dan kau tak perlu menahan tangis mendatang
Atas segala benar dalam dusta ini
Bila hidup umpama hanya sandiwara
Kita perlu terluka untuk rasa sehidupnya hidup

inspirasi dari Iris oleh Goo Goo Dolls