Wednesday, August 21, 2013

Hey Orang

Hey orang bawah
Kau jangan mahu aku turun ke bawah
Tak akan aku rendahkan maruahku
Tak akan aku jual prinsipku

Hey orang di kiri
Tak rela ku laku kerja busukmu
Tak mahu ku bersalut lumpur noda
Bukan azali aku di sini

Hey orang di kanan
Kau sama sahaja dengan mereka
Tanpa fasaj kau sama sahaja
Kadangkala lebih hina lagi
Keluarkan segala pura-pura

Hey orang atas
Tak mahu aku ketingkat mu
Riak, ego, takbur itulah santapan mu
Aku lebih rela disini
Berdiri penuh sedar dalam keserdehanaan

Oh tuhan....biarkan aku Di sini.......