Saturday, August 31, 2013

Bila Aku Sudah Tiada

Kota Damansara - 31 August 2013. Seorang penulis dan penglipurlara, Azrul Azri Azizi meninggal dunia dalam tidur pagi tadi. Kematiannya dikenal pasti disebabkan rasa bersalah yang kronik serta sindrom memendam rasa tahap 4.Pihak polis mengkategorikan kematian ini sebagai mati mengejut walaupun terdapat unsur-unsur pihak kedua. Beliau berusia 27 tahun.
Beliau yang terkenal dengan penulisan di blog Taman Sang Puteri disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan suka memencilkan diri. Beliau tinggal seorang diri di flat kos rendah miliknya di seksyen 6 Kota Damansara.
Menurut beberapa sumber yang mengikuti perkembangan blognya itu, beliau kelihatan ceria seperti mendapat semangat baru sejak dua minggu lalu. Perubahan itu dapat dilihat dari penulisannya yang mula menceritakan tentang cinta dan harapan. Namun begitu, penulisannya mula berubah sejak semalam namun tidak diketahui motifnya.
Ulasan dari kaum keluarga serta sahabat terdekat tidak dapat diperolehi kerana tiada maklumat lengkap mengenai mereka.


penulisan ini adalah rekaan semata-mata. Ia diinspirasi dari babak di dalam filem Serendipity