Wednesday, August 17, 2016

Gelap



Dalam gelap ini
Nafas ku sesak
Mata tak terlihat telingan sudah tuli
Tak mampu lagi memuji
Dinding sangsi mula menimpa aku
Sikit demi sedikit
Makin lama makin menghimpit
Dan sempit

Aku masih dalam gelap ini
Mencari sinar yang paling terang
Mencari cahaya yang sudah tak mahu pampang
Dan dalam kegelapan itu
Muncul terwelu putih
Seputih salji
Ia lari bila aku menghampiri
Berlari menuju kegelapan yang lebih dalam
Tapi ia masih ku lihat jelas
Putih yang bersinar
Sehinggalah ia terus hilang dalam kegelapan
Aku dibiarkan
Mencari jejak kaki
Mencari suara hati
Kerana terwelu putih itu adalah inspirasi
Yg hilang dalam kegelapan bangkai nafsu yang tiada tepi

p/s Zine Gelap tulisan saya kini boleh didapati secara percuma. Email saharulnazri@gmail.com jika berminat untuk dapatkan senaskah.