Sunday, March 1, 2015

Berikan Aku Apa Jua.....

Berikan aku apa jua perkataan
Akan aku karang perenggan perenggan coretan
Bercerita tentang kesedihan dan kegembiraan
Mengisar soal kasih dan kebenciaan
Hal dunia yang penuh harapan
Hal kematian yang ramai mahu nafi kewujudan

Berikan aku apa jua pengadilan
Akan aku cermin segala penampilan
Dalam dan luar akan aku kerah segala perubahan
Tetapi semuanya bukan kerana kau wahai sahaya ciptaan
Kerana pengadilan itu bukan untuk kau berikan
Tetapi kerana diriku yng penuh pengampunan

Berikan aku apa jua tentang tidak keadilan
Akan aku lantang melawan
Akan aku bangkit tuntut kesaksamaan
Meletak yang hak pada empunya tuan
Walau pengahiran itu adalah kematian
Kerana lambat laun, semuanya akan berkesudahan

Berikan aku......................cinta mu
Akan aku dakap susuk tubuhmu
Dan yang lain.......biarkan ia semua berlalu
Tiada yang lebih penting dari kamu