Monday, September 15, 2014

Nafas

Nikmat tuhan
Semalam umpama ditarik tahan
Sukar aku menghela saran
Makin sukar pada tiap hembusan
Peparu seperti ketat ditekan
Laksana nyawa sudah dipenghabisan

Tiap nafas yang aku perlu
Seperti mana kau ku rasa mahu
Jangan pergi tinggalkan ku
Hanya kau mengutuh segala kudrat melaku
Ku tak terkata semua ulas bisu
Tapi itulah hakikat seru

Kaulah tiap udara yang ku hela
Menyambung nafas yang kini makin lemah hala
Aku mahu kau sentiasa ada
Wujud aku ini tidak lama
Umur hanya tinggal hama
Aku akan selama menantimu tanpa kata
Kerana kau...nafas aku lega