Sunday, March 2, 2014

Bila Air Mata Sudah Tak Mampu Di Seka

Detik 8.30 malam itu
Kala aku masih sibuk dengan tugas merapu
Deringan yang bakal menggoncang seluruh tubuhku
Berita kau rebah membuat aku kaku
Mata mula berkolam kaca
Fikiran ku terus mengimbau tika aku menghancurkan segenap harapanmu yang ada
Tika kau merayu aku untuk diam sahaja
Waktu ego adalah segala raja
Mematikan setiap rasa

Air mata mula mengalir deras
Ku biar ia tak terseka cantas
Kerana aku tidak mampu lagi menyekat apa yang asas
Aku mahu tunjuk pada semua
Inilah akibat bila durjana
Bila berfikir mengikut tembolok suka

Air mata ini sudang tak mampu ku seka
Kerana air mata mu telah habis kerana aku leka
Kini kau hanya menunggu saat dan tiba
Menunggu giliran untuk bersamaNya
Aku yang masih gagal mengingat semula
Membiarkan mu rebah tak bermaya
Dan aku tak bisa buat apa-apa
Biarlah mengalir seluruh air mata
Aku sudah tak mampu untuk menyeka.............