Monday, October 28, 2013

Apa Yang Aku Rasa

Terjaga pukul 2am tadi dan tak berjaya untuk lelap kembali. Kadang-kadang aku rasa lebih aman untuk terus tidur sahaja. Sakit pedih bila terjaga. Ingatkan dia, ingatkan kamu, ingatkan hipokrasi yag berlaku dan teringatkan halusinasi imiginasi aku.

Hari ini cukup 4 buku aku habiskan dalam seminggu. Masih lagi banyak buku yang masih berbaki. Dengan membaca, aku menjadi kurang bercakap, lebih mendengar. Itu boleh jadi kelemahan dan boleh jadi kekuatan. Yang mana satu akan ku pilih berserah pada keadaan. Sejak bulan kebelakangan ini aku kerap bermain dengan emosi aku. Masakan tidak, bila lihat rumah kosong yang dulu sarat dengan teriak jerit. Kini sunyi. Rasa kehilangan. Mahu cerita pada siapa? Kini aku ceritakan semua pada jurnal (baru lagi ni) dan tulisan disini.

Dulu aku sangat taksub mencari inspirasi sampai lupa diri. Kini aku baru sedar aku lah inspirasi untuk diri aku sendiri. Orang lain akan singah sementara sahaja dan aku pun tak boleh minta mereka untuk selamanya dengan aku. Sampai masa mereka akan berlalu. Kadang-kadang aku yang suruh. Buat apa singgah tapi  hidup seperti jasad yang telah mati? Aku tak mampu untuk membiarkan tiap rasa, tiap jiwa untuk tetap pada ku. Biarkan mereka pergi kalau mereka rasa itu yang terbaik untuk mereka. Aku akan tetap di sini. Telah aku padamkan semua jejak mereka agar aku tak lagi mengejar mereka waktu aku sunyi. Inspirasi hanya memercikkan api, unggunnya adalah aku.

Mungkin kerana aku kerap sangat memberi sehingga menghina maruah mereka yang bukan "material". Itu memang salah aku. Semua salah aku. Sepanjang memori aku, itulah kata yang paling kerap di lontarkan padaku. Jari ditunding pada ku. Aku membesar degan rasa yang aku kecil. Pernah seseorang suruh aku bangkit, tapi sampai disitu sahaja. Kemudian lesap umpama asap. Aku kini berkawan dengan sepi, berteman sunyi. Aku tak kisah, sebab sunyi dan sepi tak akan menghakimi aku seperti semua manusia yang pernah aku temu. Aku yang dituduh lelaki tak guna, dituduh lelaki yang mahu orang mendengar kata. Hatiku sering berkata.......lupakan sahaja mereka. Manisnya hanya sejarah. Kini aku berdepan realiti kini. Manisnya tiada lagi

Bila orang hati berkata..............................