Tuesday, April 29, 2014

Mari Ke Mari

Mereka yang perlu aku mengerti
Walau haluan aku kiri
Rakus tak meneliti
Apa yang harus diberi
Kilauan yang ingin ku dekati
Pada tiap hati
Hati yang perlunya suci
Dari belakang bayang sepi
Dimana aku sering berdiri
Melihat satu persatu pergi
Tiada keinginan lagi
Walau rajuk dipujuk pasti
Tidak pada aku punya hati
Keras umpama keluli
Degil laksana si tuli
Tapi itu hanya kulit bukan isi
Isi ku cair lembik tiada peri
Itulah aku yang ramai gagal jejak
Mulut sering berkata lajak
Kerana bibir sering tuturkan gelak
Dalam hati penuh gelojak
Nafas penuh kencang ompak
Terlalu aku memberi
Hingga nikmatnya sudah tiada lagi
Separuh jiwa aku mahu mati
Separuh lagi masih menaruh hati
Pada tiap hati yang masih bersayu tampa erti
Pada mu lesung pipit di pipi
Aku kini sendiri.....tapi aku tak mampu untuk undang kau kemari
Kemari inap di hati
Telah lama ia usang tak berpenghuni.................................



Sunday, April 27, 2014

Biar

Dia Tidak Rasai Sakit Lagi

Pagi itu aku melihat dadanya berombak kencang
Nafas tersekat tidak lagi lancang
Terimbau kenangan bersamanya yang tidak boleh diulang
Dirinya yang berkorban untuk kami bertujuh dulang
Dengan teliti kami dia tatang
Tak kira waktu sakit yang datang
Sakit yang akhirnya menyandarkan dia untuk 6 tahun mengulang
Masih teringat tika dia berusaha menentang
"Ayah berjalan...tengok ayah berjalan" katanya yang tak senang
6 tahun hidupnya penuh ranjau dan kesakitan
Kala subuh ku dengar dia merintih pada yang Esa penuh kesalan
Pada dosa yang belum terampun kiraan
Hubungan intim yang dikhaskan
Tersembunyi di balik sakit yang tak tertahan
Rupanya rahmat dalam selindungan
Walau tak tertunai segala hajat hati
Aku tetap redha dengan pemergian tanpa ratapi
Dia kini tidak rasa kesakitan lagi
Sudah kembali kepada rahmat Ilahi
Kan ku berdoa untuk menanmbah bekalannya lagi
Moga kita kan berjumpa di Jannah satu hari nanti
Tugasnya di dunia telah selesai kini
Membesarkan bertujuh kami
Hidupmu penuh memberi
Tanpa berkira siapa diri
Pemergiannya penuh rahmat Ilahi
Cuma aku yang tak mampu menatapi
Moga tenang ayah bersemadi
Anak mu ini akan menyusul nanti

Al Fatihah Buat Ayahanda Allahyarham Abdul Aziz Mohd Hussein (14 Julai 1951 - 23 April 2014)


Monday, April 21, 2014

Malu Ku Pada Mu

Kau telah berikan ku segala
Dunia akhirat lengkap sempurna
Menatang aku sepenuh rupa
Namun aku hanya mampu sembahkan hampa
Walau aku boleh beri segala pada dia
Dia yang saban hari hanya tahu meminta
Kehendak yang kian meninggi pinta
Kau menanti untuk aku hulurkan jasa
Walu bibirmu tak pernah tuturkan kata
Namun pada matamu terpampang harapan mencita

Malu aku di ketika itu
Bila aku lemah dan tidak mampu
Tunaikan segala hasrat hajatmu
Pintamu yang seolah sudah mula jemu
Balasan surga yang bakal bertamu
Tergamak aku tak tunaikan walau satu
Aku yang mampu diam dalam kata seribu
Ku tahu kau masih berharap aku tahu
Tiap cerok hatimu yang berusaha tanpa nyayian dan lagu
Tak mampu aku untuk penuhinya walau seperca perlu
JanjiNya aku pasti didatang malu
Aku redha kerana aku memang begitu

Saturday, April 19, 2014

Sakit Kepala

Ubun terasa seperti mahu demam
Berdunyut urat nadi berselirat
Memikir hal dunia raja akhirat
Penting yang penhujung tetapi bising di tengah
Kompleksi semakin rumit dan basi
Hinga otak beku memikir
Tubuh keluh bergerak
Malas mencengkam segala semangat
Menyeka segala keringat
Menungding menunjuk pusat
Konon tempat ku hina disisiNya
Sedangkan tempatmu pun belum tentu lagi
Pada salji atau pada api
Amal hanya mahu balasan
Jadikan ia  alasan durjana
Menghalalkan segala cara
Niatnya sudah menguntum wangi
Namun bergerak bengis sekali
Jangan begitu wahai umat nabi
Tak berguru belum tentu salah
Berguru tak semesti mulianya sudah
Dimana letak hati kalian
Itulah yang hanya mulia sebesar pujian
Kepala aku masih sakit
Buka hati jangan megungkit
Hati jagan cepat berasa sakit

Say Something





Seorang teman pernah kongsi MV ini. Katanya lagu ini benar-benar cocok dengan jiwanya sekarang. Kini aku pula rasa lagu ini sangat cocok dengan keadaan aku. Tolonglah akui. Aku amat rindukan kehadiran diri mu. Sudah lama kau pergi. Mari kita mulakan yang baru. Tetapi.........gunung kecewa ini makin meninggi



Say something, I'm giving up on you

I'll be the one, if you want me to

Anywhere I would've followed you

Say something, I'm giving up on you



And I am feeling so small

It was over my head

I know nothing at all



And I will stumble and fall

I'm still learning to love

Just starting to crawl



Say something, I'm giving up on you

I'm sorry that I couldn't get to you

Anywhere I would've followed you

Say something, I'm giving up on you



And I will swallow my pride

You're the one that I love

And I'm saying goodbye



Say something, I'm giving up on you

And I'm sorry that I couldn't get to you

And anywhere I would've followed you (Oh-oh-oh-oh)

Say something, I'm giving up on you



Say something, I'm giving up on you

Say something...

Palsu

Rasa yang selalu aku mahu
Bukan yang aku perlu
Semata palsu
Kerana itu semua hanya nafsu
Berlingkar mencengkam kalbu
Sampai tidak dapat beza tahu
Bertindak ikut meluru
Akal yang perlu dipasung tiru
Inilah dunia digenggam aku
Semata palsu

Tidak lagi meniti realiti
Lena dalam buai mimpi
Rasa seperti tak mahu kembali
Duduk diam sendiri
Lupa mahu mengakui
Ini hanya palsu duniawi
Dan aku enggan menyakini
Hidup telah hanyut tak bertali
Jalan pulang tetap mencari