Sunday, January 5, 2014

Tiba -Tiba

Tiba-tiba aku teringat akan kamu
Yang sudah lama tidak ketemu
Sejak kali pertama mata kita bertemu
Hari yang tak akan luput dari ingatanku
Walau usia memamah lesu
Aku harap kau juga bergitu

Masih lagi aku ingat hari itu
Aku tiba awal tak seperti selalu
Tak senang duduk tak senang menunggu
Ada insan bermain piano melagu
Dapat mengurangkan rasa gementarku
Jemariku sejuk tak siapa yang tahu
Jantungku berdegup gila memalu

Telefon berdering dan kau ada dibelakangku
Dan ku toleh ku nampak sosok kamu
Dunia keliling diam membatu
Waktu laksana ingin membantuku
Kau ukir senyuman manismu
Membuat hatiku cair lebur selalu
Lesung pipitmu....gigi sedikit jarang mu
Ku sanggup lakukan apa sahaja untuk kembali ke waktu itu
Waktu kau tetap ada untukku

Ini semua salahku
Yang gopoh gelojoh ikut nafsu
Gagal memletak hati perasaan mu di nombor satu
Terlampau ingin memilikimu
Hingga lupa utuk menilai waktu
Kini kau makin jauh dariku
Walau ku cuba dekat tapi enggan itu selalu
Hati ini sudah lama terdiam kamu
Perlu kamu, mahu kamu selalu
Tapi ini bukan dayaku
Tiba-tiba aku teringat padamu
Kau yang istimewa......aku mahu

Suara Sisi Gelap

Berbau busuk umpama longkang
Rupa hodoh tak serupa orang
Memijak semangat mematikan juang
Bisikan syaitan lebih kurang
Itulah suara sisi gelap yang enggan pulang

Bisikannya penuh dengan onar
Hanya membicara pada perkara cemar
Membuat umat terhijab dari sinar
Hingga lupa pada yang benar
Semuanya nampak samar
Membunuh hati umpama hawar

Bangkitlah hidup harus melawan
Kesat air mata kalian
Pekakkan dari segala ucapan lawan
Tabahkan hati, teguhkan iman
Usah dipendam , hati jangan biar dimakan
Hidup ini masih ada teman
Yang mengambil berat, yang mengira kesan
Jangan terlalu ikut perasaan
Membiar diri rasa terbeban
Kerana itu hanyalah bisikan sang syaitan
Hidup ini lebih indah dari apa yang disangkakan


Saturday, January 4, 2014

Sumpah Cinta & Matiku

Kini lagu ini tak habis-habis aku ulang. Aku suka dengan lirik dan melodinya. Lagu ini adalah lagu tema untuk filim Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk karya penulis agung HAMKA. Sama-sama kita nanti filiem ini untuk ditayangkkan di Malaysia.......................


Selama nafasku berhempus
Harapkanmu didepanku
Selama mataku memandang
Hanya kamu cinta matiku

Terimalah dirinya,rintihan hatiku
Yang terbalut dengan doaku
Inilah sumpahku dengarlah dunia

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu

Terimalah dirinya,rintihan hatiku
Yang terbalut dengan doaku
Inilah sumpahku dengarlah dunia

Cintanya slalu abadi
Walau takdir tak pasti
Kau slalu dihati cinta matiku
Slama aku berdoa melayangkan cinta
Yang slalu kujaga

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu
Naana..naanaa…

Cintanya slalu abadi
Walau takdir tak pasti
Kau slalu dihati cinta matiku
Slama aku berdoa melayangkan cinta
Yang slalu kujaga

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu




Lady Viola

Kau yang utarakan kata-kata manis
Menjana fikiranku untuk ilham yang tak habis-habis
Agar seluruh dunia dapat ku pilis
Untuk hidup tak lagi umpama bilis-bilis
Kau ku umpama Lady Viola
Menjadi ilham dan pencetus semangat waja
Tika fikiran tersekat inspirasi terpana
Kau mahu kau berada selamanya

Kembali pada saat kau mula hadir
Darah nadi yang tersumbat kurasakan semula mengalir
Hidup ku hangat walau dalam sejuk banjir
Diberi masa berjuta untukku bazir
Namun kini kita dalam kejauhan rasa
Hanya ucap selamat pagi dan malam sahaja
Kau tidak lagi mahu mula
Walau hatiku meronta-ronta
Mahu kau berada di depan mata
Dan memegang hatiku yang lara
Walau jiwa aku meminta-minta
Untuk kau menyahut tangan-tangan cinta Ku sudah tahu jawapannya
Kerana Lady Viola bukan untuk Shakespeare

Friday, January 3, 2014

Ku Mahu Kau Hanya Untukku

Aku tak pandai berkongsi
Aku hanya mahu kau disisi
Agar hati ini terisi
Telah ku tetapkan misi
Dirimu hanya untuk aku punya hati
Siapa yang mengganggu boleh pergi mati
Kalau tak mahu pergi...lebam mata  nanti

Kau hanya untukku
Dan kau tahu kau juga mahu
Untuk aku perlaku sebegitu
Tapi tak kau luah kerana malu
Dari senyummu aku sudah tahu
Dari gerak tubuhmu aku ternampak seru

Dunia sentiasa cemburu
Pada aku kerana memilikimu
Megah aku kerana kamu
Ego makin besar membatu
Lupa pada bumi yang ditinggal lalu\
Sudah tersembam baru aku tahu

Wednesday, January 1, 2014

Sinis

Pintu terhempas tanda bantah
Mulut mengomel apa entah
Semua itu aku buat tak endah
Bila ianya tak diminta dengan indah
Berbuih perigatan diberi sudah
Diterima hati itu bukan mudah

Sinisnya lontaran katamu
Tak mampu ku terima akal longlai ku
Hatiku bukan batu
Kulitku bukan kalis luku
Jiwaku laksana tisu
Bukan seperti kau yang tersangat jitu
Aku tak perlu yang sinis
Aku mahukan yang manis-manis


Kenapa Dia?

Dia yang singgah dihatimu
Kau dakap kemas tanpa jemu
Dan aku memandang dari jauh lesu
Melihat tawa mesra dia dan kamu
Sapaan ku kian dalam sendu
Kerana kau sudah tak mahu ambil tahu
Tempat ku hanya sudut kelam tak berkalbu
Menyisih dan hidup dalam cemburu

Apa yang ada pada dia?
Apa yang kau lihat padanya?
Terus kau anggap ku tak berguna
Tiada faedah merupa
Tiada harapan berpunya
Dia tetap kau belai mesra
Dan aku terus kau dingin berpura
Tiada peluang menduga
Tapi untuk dia kau buka luas hati menerima
Ku tak layak walaupun untuk sisa
Dari hatimu yang ku damba berinci cuma
Kenapa dia?
Apa yang dia ada lebih dari segala
Membuat aku kau lupa
Walau berjuta aku sapa
Di hatimu sudah tak terdiam aku yang melara
Yang hanya ada dia yang buat kau gembira