Friday, July 25, 2014

Fitrah

Sebulan teruji
Sebulan menyuci
Sebulan melawan nafsi
Sebulan mengawal diri
Sebulan duduk mengaji
Kini tiba masa yang dinanti
Mulakan Syawal dengan fitrah manusiawi
Yakni bersih  murni
Laksana kain tak bercorak suci

Dekat datang membantu bakti
Jauh kunjung mengenal diri
Agar tak lupa mengenali
Dalam tawa gembira nanti
Jangan lupa pada yang sudah tiada lagi
Panjatkan munajat pada Ilahi
Pemergian yang untuk diinsafi
Bukan temasya yang buat hidup lupa akan mati

Syawal kini tiba kembali
Setelah sebulan mengenal payah dan rendah jati
Ujian sebenar muncul kini
Adakah tertingkat darjat kita pada Ilahi
Sementara menunggu Ramadhan yang satu lagi
Kembalilah kita pada fitrah kejadian asli
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sepi Yang Menusuk

Dingin pagi ini bagai menyucuk-nyucuk
Menyentap tiap batang-batang rusuk
Jiwa seperti dirasuk
Hati terpijak terperosok
Tak terdaya lagi berdiri susuk

Sepi ini seperti mengarut
Mengelar pada hati yang makin berparut
Mengharap tangis menurut
Bagi jalani hidup tak berhati perut
Rasa yang mengundang kecut
Memeluk aku dengan rasa takut
Berbisik "kau hanya untuk ku wahai pengecut"
"Tiada siapa bersama kau menurut"
"Hanya aku yang selama ini mencengkam selimut"
"Haha kau aku selama bersama ku wahai pak turut"

Bebaskan aku dari cengkaman ini
Tak mahu hidup sebegini
Dibendung rasa takut untuk melalaui
Aku mahu dia lagi
Bukan niat untuk pergi
Tetapi tidak tahu apa yang perlu lagi
Namun selagi hidup ini masih dicengkam sepi
Tak kemana lagi aku mampu pergi
Bisikannya kuat disetiap hari
Bisik yang berbau najis tahi
Membuat aku hidup tiada berhati

Tuesday, July 22, 2014

Kuarantin

Hambir sebulan tidak berhubung
Hubungan yang pasti aku mahu sambung
Tetapi aku tak mahu biar petir bersabung
Tak mahu rasa dihempap gunung
Hati terbuang ke dalam gaung
Lalu aku kuarantinkan diri ku dari kau naung

Ku padam segala nombormu
Segala cara hubung ke kamu
Bukan aku sudah benci untuk melaku
Atau sudah dikejar rasa jemu
Cuma aku tak mahu dirimu tergangu
Dalam kesibukan tugasan hari-hari seru
Itulah aku seperti yang kau tak sedia tahu
Terlalu banyak menafsir nahu
Tapi degil laksana kerasnya batu

Telah ku kuarantinkan diriku
Dari terus menegur kata kelu
Harapan ku kau kembali menegur seru
Kerana hampir setahun berkenal bahu
Kau akan tetap ku rindu
Dan segala yang pernah aku lafaz dulu
Tak pernah aku aku jiwa yang seserasi kamu
Jangan cuba nafi sebab aku tahu
Aku yang degil luku
Menunggu tanpa melodi dan laku
Berharap purnama kan jumpa puterinya yang ayu...................

Friday, July 18, 2014

Tragedi lagi

Seperti Dejavu, ia datang kembali
Tragedi yang tak mahu lagi diulangi
Luka lama masih belum sembuh lagi
Diuji lagi sekali
Adakah ini ujian Ilahi?
Atau bala yang datang bertubi -tubi
Muhasabahlah diri
Adakah ini angkara nafsu yang tak henti-henti
Tamak haloba menakluk diri

Dalam menangisi tragedi ini
Panjatkan doa untuk mereka yang mungkin tiada lagi
Pinta agak dikuatkan hati keluarga dan handai yang menangisi
Agar kehilangan terasa terisi
Menempuh hidup tanpa maki
Hanya redha dalam memahami

Jika ini bala mu Ya Tuhan
Limpahkanlah kami dengan keampunan
Susulkan semua ini dengan sebuah kebangkitan
Agar terus hidup pada jalan keredhaan
Hindarkan dari jalan kesesatan
Atau berfikiran dalam kekusutan
Doa bagi mereka yang sudah putus kehidupan
Moga ditempatkan pada sisi keimanan

Thursday, July 17, 2014

Breaking The Law - Lagu Tema Pemberontak Yang Sangat Jahat Bontot



There I was completely wasting, out of work and down

all inside it's so frustrating as I drift from town to town

feel as though nobody cares if I live or die

so I might as well begin to put some action in my life



Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law



So much for the golden future, I can't even start

I've had every promise broken, there's anger in my heart

you don't know what it's like, you don't have a clue

if you did you'd find yourselves doing the same thing too



Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law



You don't know what it's like



Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law

Breaking the law, breaking the law



Breaking the law

Bertemukah Lagi Kita

Kata-kata sudah hilang dalam gemawan
Tinggal kenangan wajahmu yang menawan
Kan bertemu lagikah kita wahai teman
Jiwa yang mula rasa tawar pelahan
Namun masih berharap pada sebuah senyuman
Sudah lama menjadi idaman

Tak sesaat pun dirimu hilang dari fikiran
Makin kuat makin melayan
Walau ku tahu aku bukan seperti yang kau harapkan
Janji mu dulu masih ku pegang untuk menjadi peneman
Walau zaman makin hilang tertelan

Mahu ku kembali pada tika itu teman
Hampir sampai sesempurna bulatan
Walau rasa diri tak akah dihiraukan
Tapi janji ini masih menampan
Tak mungkin aku lepaskan
Cuma satu aku harapkan
Memori aku jangan kau padamkan

Tuesday, July 8, 2014

Kalaulah Aku Wanita

Kalaulah aku wanita
Mampukah aku menahan tangis tiap kali dikecewa lelaki?
Mampukah aku pendam rasa pada dia yang aku sangka perlu?
Mampukah aku menekan haru bila ayah menyerahkan ku pada suamiku?
Mampukah aku mengendong nyawa tika hamil 9 bulan?

Kalaulah aku wanita
Mampukah aku tidak mengaduh waktu kaki ku mula bengkak-bengkak?
Mampukah aku bersakit tika membenarkan sekujur jasad keluar dari tubuhku?
Mampukah aku berpantang untuk dapatkan kembali tubuhku?
Mampukah aku untuk berjaga bila anak merengek lapar susu?
Mampukah aku siapkan sarapan seawal jam lima pagi?

Kalaulah aku wanita
Mampukah aku siapkan tiap pakai keluarga tiap hari?
Mampukah aku menunggu suami pulang lewat tiap hari?
Mampukah aku berwirid tiap kali anak mengambil ujian?
Mampukah aku bertahan tiap maki tengking seorang suami?
Mampukah aku menjadi nadi denyut keluarga tiap hari?

Kalaulah aku wanita
Mampukah aku mendengar bila suami mula mengaduh keluh kesah?
Mampukah aku memahami bila anak lebihkan isteri?
Mampukah aku tidak cemburu bila semua lebihkan mertua?
Jawapannya...aku tidak mampu