Sunday, August 10, 2014

Terpaksa

Maafkan aku
Aku tak lagi sekuat dulu
Tubuh longlai dalam laku
Fikiran serabut bersulam buntu
Renungan ku mula gelap dan lesu
Terhenti di sini segala usaha perlu
Ini bukan gelanggang untukmu wahai manis ku
Semua ini ku rasa terpaksa perlu
Sendiri ini sudah rutin tahu
Tak perlu mengheret dirimu
Ini kancah dosa-dosa ku yang lalu
Petanda tuhan murka atas apa yang aku tak jemu

Pergilah sayang
Tinggalkan ku dalam bayang
Tunggu masa untuk diganyang
Walau mabuk cinta ku masih lagi kepayang
Tetapi ini harus ku fikir bilang
Masa depan mu masih lagi terbilang
Tak tersentuh lagi orang sebarang

Kini ku ambil semula hatiku
Agar mudah kau pergi lalu
Lupakan aku jika kau rasa itu perlu
Aku kini tak seperti dulu
Maafkan aku wahai manis ku

Saturday, August 9, 2014

Dia Yang Manis

Tak henti - henting memberi perangsang
Jangan lupa yang terangsang
Cintanya inap cergas dalam terang
Tak surut tika malam datang bertandang
Memberi satu dua peluang
Walau tiap kali terpatah buang
Dia yang manis aku sayang
Impi aku untuk dirinya ku bawa pulang
Setelah dirinya aku pinang
Buka kini tapi akan datang
Harap dia masih menunggu aku tanpa sebarang

Dia yang manis
Umpama bidadari tanpa sinis
Kasihnya tak pernah tiris
Walau hatinya aku hiris
Walau mengalir air mata dari iris
Hatinya tetap berbunga umpama Kota Paris
Untuk diri aku yang hamis
Walau kasih ku telah lucut habis
Tetap hatinya untukku walau dalam cebis

Aku tak pinta dirimmu tunggu aku
Kerana aku hanya selayak kaku
Isi yang sudah tercerai dengan kuku
Cintanya cantik setiap laku
Namu aku tahu ia kini bukan untuk diriku
Sayang dia sicantik manis
Dari aku yang jijik hamis



Belantara Konkrit

Ajal

Menunggu menanti tiba
Bukan pada mula tapi pada akhiran jua
Hari makin suntuk kira
Waktu semakin hampir akhir mula
Sebuah penghabisan yang mencambah baru hidup rupa

Apa yang telah teramal ketika nyata
Adakah amal atau leka
Atau hanya bersuka ria
Tak sedar akan pulang pada diriNya
Hentikan segala cuai dan lagha
Akan terisab nanti disana
Kira atau kanan beratnya
Azab diterima tak tersanggup hala
Ganjaran yang lebih luas dari terbayang minda

Bila hidup sudah di anak tekak
Kaki sejuk tidak lagi lasak
Mata kian kabur tak teragak
Ruang kian terhimpit terpetak
Itu tandanya janjiNya sudah mula gerak
Menuntut tak lewat dan lambat berarak
Tenang sahaja jangan rasa berasak
Akan ketemu Pencipta yang Berhak
Ajal itu pasti datang walau dalam jarak

Thursday, August 7, 2014

Tumpas

Tumpas aku pada kalungan nafsu
Membuak rasa tak terkawal diri lesu
Bisikan yang menanam mahu
Kecundang sebuah benteng melawan laku
Lupa akan cintanya yang setia bertalu
Tak terhirau segala janji setia lafaz dulu
Semuanya dirasa kurang perlu
Hati yang tersauh buntu
Pada lautan terlepas rindu

Tumbangnya sebuah kubu
Cuba dipertahan segenap suku
Kini semuanya terlerai berderu
Tak dapat dijaga jitu

Tumpasnya malam itu
Adalah tamparan cinta terlafas dulu
Janji hanya tingal gema seru
Tiada apa lagi yang perlu

Wednesday, August 6, 2014

Aku Rasa Ragu Mahu Kamu

Aku rasa
Mungkin kamu sudah lupa
Tiada rasa apa-apa
Pada diriku yang tak henti berharap rupa
Seukir senyuman yang tak mungkin pudar ada
Walau kamu tutup dengan sesusun jemari rasa

Aku ragu
Kau sebenarnya sedang merindu
Tanya khabarku yang kamu tunggu-tunggu
Tiap pagi tiap waktu
Tutur yang tak mungkin kamu jemu
Sentiasa terigau laksana lagu

Aku mahu
Masih wujud difikiran kamu
Kenangan yang tak putus menghantu
Tiap saat tiap seru
Sisipkan aku pada lembar yang baru
Akan aku gunakan sebaik mahu
Kamu yang istimewa mengispirasi lagu


Sunday, August 3, 2014

Tina Dan Dunia

Mereka berkejaran mensasar dirimu wahai Tina
Compang camping tubuhmu dicarik liar mereka
Manusia iblIS dan sekutu puak buAS punya angkara
Menolak tubuh kering mu ke tanah asa
Tanpa peduli tiap ciciran air mata
Tubuhmu diperkosa rakus dan hina
Batang lehermu dijilat bernafsu hawa
Tiada lagi carik pakaian, semua habis dinoda

Seisi dunia hanya memandang diam sahaja
Ada yang hanya mampu menitis air mata
Tak kurang juga yang bertepuk berkata padan muka
Berlalu tanpa rasa pun ada juga
Berfikir dunia mu Tina tiada kena mengena
Tika kau Tina diperlaku sedemikian rupa
Dara mu dirodok tak berbelas rasa
Dikerja iblIS dan buAS tanpa simpati harga

Di suatu sudut tetangga
Kelihatan manusia berkumpul meluahkan rasa
Menyatakan perpaduan kepada mu Tina
Bertempik sorak membuat gempita
Mengambil gambar umpama temasya
Bagi diangkat ke media massa untuk mendapat suka
Namun tak sedikit pun terbit gerun iblIS dan buAS rasa
Dari terus meratah tubuh mu yang kian tak terdaya

Namun dapat di lihat kau cuba meronta-ronta
Menanda masih ada kekuatan untuk melawan paksa
Takkala dunia hanya berdiri dan diam sahaja
Bangkit Tina....hanya kau yang dapat membela
Sekujur tubuh yang mula dilupa massa

Viva PalesTINA!!!!!!!!!!