Saturday, February 8, 2014

Aku Mahu Kau Menulis

Ku tak mungkin dapat bersua dengan mu lagi
Mahupun bercakap berjam seperti waktu diri ku tinggi
Tiap malam ku menunggu kau coretan kata hati
Aku ku tahu diri mu kini
Dalam bahagia atau merungsing mimpi
Aku tetap mahu tahu apa yang bermain dalam diri
Yang dulu pernah hanpir ku genggam membelai paksi

Aku mahu kau menulis lagi
Coretkan apa yang terbuku impi
Jangan biar ia bersarang membengkak hati
Aku mahu menduga apa yang kau rasai
Kerana arah lain semua telah pergi
Dan tak mampu aku gamit kembali
Mungkin aku yang penakut tiada keyakinan diri
Atau aku yang takut di buang ketepi
Oleh dirimu yang selama ini memberi inspirasi
Aku tak mahu ini sumua pudar hilang berlari
Kau harus menulis lagi
Agar dirimu terus membelai ku sang pemimpi
Yang berterusan mengharap kau menjadi realiti

Let Down





Tadi lagu ini diputarkan BFM, lame tak dengar  lagu ini. Antara lagu kegemaran aku dari band ini. Radiohead, siape yang tidak kenal. Orang kata lagu mereka amat sesuai untuk dengar oleh orang yang mudah kecewa, tiada keyakinan, sering menyalahkan  benda lain dalam kehidupan. Ehh itu lah aku....aku sememangnya gemar Radiohead dari zaman sekolah lagi.





Transport

Motorways and tramlines

Starting and then stopping

Taking off and landing



The emptiest of feelings

Disappointed people

Clinging onto bottles

And when it comes it's so so disappointing



Let down and hanging around

Crushed like a bug in the ground

Let down and hanging around



Shell smashed, juices flowing

Wings twitch legs are going

Don't get sentimental

It always ends up drivel



One day I am gonna grow wings

A chemical reaction

Hysterical and useless

Hysterical and



Let down and hanging around

Crushed like a bug in the ground

Let down and hanging around



Let down and hanging

Let down

Let down



You know, you know where you are with

You know where you are with

Floor collapsing, floating

Bouncing back and



One day I am gonna grow wings

A chemical reaction

(You know where you are)

Hysterical and useless

(You know where you are)

Hysterical and

(You know where you are)



Let down and hanging around

Crushed like a bug in the ground

Let down and hanging around

Friday, February 7, 2014

Aku Dan Mesin Espresso

Kadang kala aku terfikir
Alangkah bagus kalau aku miliki mesin espresso
Dapat aku jimat Rm10 satu cawan satu hari
Satu bukan sudah RM300
Mengukir dedaun dalam latte dan capucino
Menabur koko dalam secawan mocha
Mencairkan pati kopi pekat menjadi Amaricano
Ataupun campurkan ia dalam air menjadi Long Black

Impi menjadi barista berjambang kacak
Sambil susu segar aku gelodak
Bersama wap panas ku jadi ia berbuih
Seperti mana dahi ku berbuih peluh

Tiap pagi paling aku tunggu
Mengisar Arabica ataupun Robusta
Aroma menusuk setiap sudut
Ini aku mahu lakukan sepanjang hidup aku
Pagi-pagi menghidu dadah bercandu
Ini lah hidup....mati belum mahu



15 Minit

Kau lupa tentang hatiku
Apa yang lagi penting adalah 15 minit lagi
Untuk kau bermalasan
Melayan ngantuk yang tak akan hilang
Kerana kau lagi relang yang hilang itu sayang
Mengasih dan penyayang
Aku sudah lama terasa terbuang
Hati terasa dipijak tendang
Hanya kerana 15 minit yang kau mahu
Melayan khayal nafsu mata mu
Aku....pudar dibawa sayu
Selama mana lagi ku mampu pertahan kaku
Sabarku makin jemu
Kau mesti sudah tahu apa rasa ku
Tapi berlalu pergi itu lebih manis umpama madu
Ini jalan yang aku setuju
Waktu jabat aku mengampu
Waktu indah ku tanggung mampu
Tiba masa...ia akan terhempas kecai seribu


Tuesday, February 4, 2014

Mereka

Mereka
Tak henti bergelak tawa
Di keluarkan telefon gengamnya
Berkerumun mengadap kamera
Masa untuk muka sendiri di ketik
Ada yang memandang getik
Ada yang tak hirau satu detik
Hilai mereka terus bergema
Memecah segala sunyi yang ada
Merakam aksi pelbagai gaya
Tak hirau segala jegilan yang ada
Mereka peduli apa
Dunia ini milik mereka
Ini masa untuk bersuka ria
Tak perlu berpura-pura
Laksana kepuraan itu penuh dosa
Tak hirau dosa asal tak hipokrit melata
Betulkah ini atau aku yang kurang membaca?

Cinta Tanpa Alasan

Walau beza langit dan bumi
Tapi hati kita satu
Berdegup seiring
Berdenyut kencang bila kita bersama
Aku tak kira apa beza kita
Yang penting dimana kita sama
Mulut manusia ada yang durjana
Berkata umpama umpama tiada tarikh luput
Aku dan dia tak pernah gentar takut
Jangan cuba bermain ugut
Cuba mengaitkan yang tak pernah berpaut

Kan ku mencintai mu tanpa alasan turut
Kerna selama ini hati ini aku ikut
Tak mahu lagi aku menjadi sang pengecut
Tunggu berharap pada angin datang berpuput-puput
Membawa cintaku yang sedia melukut
Untukmu sayang cinta ini tak akan surut
Walau taufan datang bersama ribut
Cinta ku tanpa alasan dan pengikut
Hanya hati yang berkata....kau aku salute

Sunday, February 2, 2014

Taburan Bintang

Tiap kali malam tiba
Akan ku dongak ke langit hiba
Bukan menanti purnama ke riba
Tetapi mencari taburan bintang di angkasa
Walau ku tahu ianya berakhir hampa
Kerana langit tersilau dek neon ciptaan dunia
Neon yang mencemar tiap indah langit terbuka

Hiasan yang tercipta oleh yang Esa
Belum mencukupi bagi manusia haloba
Mencipta kononnya yang lebih sempurna
Tapi hanya mengotorinya tanpa jiwa.