Saturday, January 3, 2015

Pejamkan Mata

Apa dia pejam mata?
Lakukan ia waktu aku dendangkan kata
Biar ia menembus jiwa
Mencengkam laksana raksa
Mengikat segala belikat memaksa

Pejamkan mata
Jangan hirau bagaimana aku jelik rupa
Atau cantik berbunga
Hayati tiap bait kata
Mendatang laksana ompak-ombak pantai
Menderu bagai arus di kali
Hangat laksana sinar mentari pagi

Pejamkan mata
Jangan hilang dari realiti
Tahu jalan kembali
Jangan biar diri tuli
Melihat dalam omongan sendiri
Pasti akan mengaburi

Pejamkan mata
Celikkan hati
Biar minda peka
Ini bukan sekadar kata-kata
Tetapi luahan sebuah lara
Dakaplah segala apa yang membina
Walau tak fahami makna
Kerana ia wujud untuk dirasa
Bukan untuk tentukan ia bermaksud apa.