Thursday, August 28, 2014

Mabuk

Terjaga dari pitam
Qamar ini telah menjalar seluruh tubuh hitam
Pandangan aku kelam
Suhu seperti demam
Tompokan isi perut di lantai tak terhadam
Pening berpusing terfikir macam-macam

Mabuk aku kerana dunia
Tak pernah bersapa tanya
Aku sendiri menghadapi segala
Tanpa dia....tanpa mereka
Pagi ini aku masih bernyawa
Esok mungkin qamar ini akan meragut nyawa


Kata Dia

Tabahlah duhai hati
Hari Esok pasti menanti
Aku tak akan sentiasa ada di sisi
Hanya Allah tempat mengadu diri

                                              -Nadheerah Baharuddin-



Wednesday, August 27, 2014

Tanpa Mu

Tanpa mu pada hari ku
Umpama hilang irama dalam lagu
Aku masih ternanti termanggu
Menanti kau untuk fahami maksud terbuku
Kau masih aku perlu
Itu pintaku tanya ragu
Itu rasa yang aku tahu
Semangat hilang yag aku rasa masih perlu

Hari ku berlainan tanpa mu
Selamat pagi mu
Ucap malam mu
Ingatan dan pesanmu
Kata pengutuh semangat mu
Memaksa aku ke cermin itu
Menyuluh kerosakan yang menanti aku
Jika dibiar akal mengikut rasa selalu
Aku makin pudar meliht tuju
Semua kerana tanpa mu

Jika ini tunjukNya
Jika hendakNya
Aku redha segala
Balutkanlah segala putus asa
Rawatlah segala rasa terpaksa
Bukan aku mahu hippokrit muka
Cuma ini yang paling berguna
Aku lagi mahumelihat kau berci segala
Dari merana kerana terluka

Tuesday, August 26, 2014

Maaf

Maaf
Kerana aku jatuh cinta pada mu
Maaf
Kerana aku buat kau jatuh cinta pada ku
Maaf
Aku tumpas pada nafsu
Maaf
Membiar fikiranku serabut buntu
Maaf
Membiar hatimu hancur layu
Maaf
Kerana aku sentiasa perlu kamu
Maaf
Aku tak bisa hidup tanpa hatimu
Maaf
Andai aku mati dulu
Maaf
Aku insan lemah yang tiada tahu

Monday, August 25, 2014

Jalan Kembali Ke Syurga

Tersasar aku kini kian jauh
Gagal aku lepaskan sauh
Bila asyik memikir tentang jauh
Tak berjaya aku tongktkan paruh
Semangat tinggal separuh-separuh
Ku perlu dirimu untuk kuatkan azam yang tertangguh

Jalan ini gelap dan hitam
Tak mampu lagi berpusing mengharap diam
Dia kecewa tak mampu lagi kiam
Angkara aku yang punah semangat dendam
Ini bukan jalan menuju dunia seratus alam
Tapi menuju api yang panas dan kelam

Aku kini mencari jalan kembali
Tanpa memusing arah sekali
Segala kesilapan aku kesali
Inilah aku yang kau tak kenali
Hilang arah tanpa kemudi
Di atas seluas laut nafsi
Fikiran buntu gagal selami
Dan aku kalah pada ajakan sendiri
Ini bukan jalan untuk kembali pada syurga abadi
Tetapi jalan untuk menjadi nafsu abdi

Tiada jalan kembali untuk ku
Kerana dia sudah tidak mampu memberi..........

Friday, August 22, 2014

Tumpah

Penuh tertekan
Tak tahan menahan
Tumpah ke jalan
Segala yang terjajan
Kutip perlahan
Jangan ada ketinggalan
Nanti sesalan
Bila emo sakan
Semua ditelan
Sampai penuh bebanan
Tiada kekuatan
Berserah ingatan
Henti kelakuan
Buntu tindakan
Fikir dalam paksaan
Semua ini tekanan
Hilangkan kemampuan
Untuk berterusan
Aku kan kempunan
Semua meninggalkan
Tinggal keseorangan
Biarkan
Tumpahnya sudah kejauhan

Rude

Lagu ni dah berputar-putar dalam kepala hotak aku dah nak seminggu. Namun malam ni baru baru dapat rasa kebenaran lirik ini. Nombor satu buat laa apa yang kau nak, jagna peduli orang kata. Nombor dua, bersedia untuk ditolak



"Why you gotta be so rude?"
"Don't you know I'm human too?"