Tuesday, June 17, 2014

Sebuah Kematian Satu Perkahwinan

Hari itu...sekujur tubuh henti hela
Sekeliling menangis hiba
Meratap perginya sekujur cinta
Akan pergi selama
Tersesal perkelahian yang tadi ada
Kini terkedu tak menerima berita
Di perkuburan esoknya
Hujan mencurah seperti bersedih jua
Namun terhenti bila waktu sudah tiba
Umat berkejaran ke lahat tersedia
Tanah basah bertaburan duka
Mulut  busuk mula berbicara
Azab Tuhan datang kini kononnya
Tapi dia bukan lagi disini adanya
Di barzah dia inap seketika
Ujian itu adalah untuk kita
Kerana masih erat gengam dunia

Hari ini...dua hati bersatu jua
Mengikat ukhwah umat Baginda
Keraian ditabur laksana lupa
Tak hirau cabaran yang menanti dihari seterusnya
Biar tumbang lembu segala
Ayam ayam rela putus nyawa
Sanak saudara datang jauh menyapa
Pada hati yang sudah angkuh bergaya
Tersalah lontar besar bicara
Kini diraikan tak peduli siapa
Lupa pada tenaga yang meraikannya
Ujian ini untuk dia
Juga untuk kita
Mulut henti..hati pula bicara
Hati yang kosong tak akan penuh ruangnya