Friday, June 27, 2014

Kembali

Rimbunan mega mendung
Memayungi hidup ku tanpa bendung
Jauh tersasar tersalah harung
Sepatu cara ku salah sarung
Menuruti niat yang sudah lama terpesong
Hidup untuk terus berlawan tarung
Nafsu dan rasa bersilih usung
Menarik ku terus hanyut tak kenal untung

Adakah ada lagi cahaya Mu
Pada aku yag telah lama dungu
Tak habis dengan khamar dunia dan lagu
Terhapus segala segan dan malu
Hingga dugaan datang memalu pintu
Atau sebenarnya bala yang jengah bertalu
Baru aku sedar dan tiada ragu
Bahawa dunia ini mainan yang palsu

Ya ilahi
Aku kini mencari kembali
Jejak yang telah lama aku lupai
Ku mahu menjejak Mu Maha Pengasihani
Yang menerima hambaNya yang mula terkalih hati
Jalan Mu ini ku akan jalani dengan teliti
Tanpa rasa ragu lagi
Terhiris dengan sakit diuji
Kau lupakan lah aku pada rasa mendabik tinggi
Kau pendamkan rasa ku yang membongkak diri
Pahatlah hatiku ke tanah bumi
Kerana disitulah jasad aku akan bersemadi
Bila roh kau jemput untuk kembali