Sunday, October 26, 2014

Yang Pertama

Adakah aku yang terasa
Tiada yang terindah selaian yang pertama
Perjumpaan yang pertama
Penuh sopan dan tanda tanya
Malu-malu untuk mengangkat muka
Setiap tawa di tutup tangan
Dan ada kala kita diam tanpa kata
Lalu saling bersenyuman
Sebuah laku tanpa salah
Menghilang tadi punya resah
Kucupan pertama
Waktu dirimu sudah aku punya
Dunia seakan terdiam seketika
Laksana memerhati kita
Dan mengangkat doa
Waktu pertama kali tangan mu ku genggam
Berjalan beriringan
Tanpa lepas
Tanpa tertinggal
Menunjukkan pada segenap duani
Yang kau adalah milik ku

Dan sehingga semua ini membuat ku terjaga
Yang pertama sudah tiada
Tiada lagi perbualan diam
Tiada lagi laku tanpa salah
Tiada lagi sekeliling diam
Kerana kita gagal mula semula
Aku gagal mengetua
Dan kau.....tiadak pernah merasa kau gagal

Tangis Untuk Ku

Kau kerap tangisi
Bagi aku yang kau tak pernah ambil ketahui
Tangis yang aku tahu kenapa
Hanya sebab kau kecewa
Bila aku tak mampu sempurna
Atau bila aku mula mempersoal tentang yang ada

Tapi tangis kau pada mereka
Kerana simpati dan cinta
Dan aku terperosok di sudut hina
Hanya mampu lihat peluk cium semua
Itu yang mampu aku mampu jana
Aku penuh kecewa
Dan mereka penuh cinta

Aku redha segala
Bertungkus aku cuba
Tak kira waktu apa
Sakit dan segar segala
Aku tetap ada
Namun mereka
Wujud ada dalam tiada
Namun aku tiada hak bersuara
Kerana tiap ludah akan terpalik semula
Dan aku diam tak berbahasa
Biar diri dipijak dan dikata
Mungkin ini tujuan aku didunia
Menjadi pemijak untuk melonjak siapa yang aku cinta........................

Wednesday, October 22, 2014

Perjalanan Kenangan

Ini kisah dulu dulu
Waktu kau cantik di sisi ku
Ingatkah kau pada perjalnan itu?
Kau asyik pamir lesung pipit mu yang ayu
Tak pernah aku jemu
Rasa seperti mahu cubit-cubit pipi mu

Kita mula mengisi perus bas
Manusia bersesak berdas-das
Aku asyik panggil kau supaya lekas
Sambil jemari mu ku genggam bingkas
Biar kau dekat dengan bingkas

Bas mula menyusur lebuh raya
Kita senyap tanpa bicara
Hanya senyum yang tak putus ada
Lantas kau sandar pada bahu ku yang separuh sasa
Mata mu kau pejam lena
Laksana bidadari syurga
Mahu ku kucup bibir mu sahaja
Kau yang teramat aku cinta

Kini perjalanan makin jauh
Kau tetap bersandar pada bahu ku
Ku dapat rasakan nafas mu
Menghela penuh rahsia
Adkah kau sudah lena
Kerana aku buat-buat sahaja
Aku tak mahu kerana ku kau terjaga
Biar kau terus bersandar pada ku
Kerana disitu aku dapat rasa bahagia


Tuesday, October 21, 2014

Senyap

Diam
Aku  bilang diam
Tutur itu baik kau kemam
Kemam sampai demam
Deman sampai lebam
Lebam sampai legam
Jangan banyak ragam
Nanti timbul geram

Senyap
Aku bilang senyap
Rasa ini kau biar lenyap
Mahu salahkan ku setiap
Hati ini telah tersentap
Menaha sabar dalam gertab
Darah terbiar menyirap

Apa lagi aku boleh harap
Rasa yang tak bergarap
Takkan bersatu derap
Terjaga tapi lelap
Lambat laun ia lenyap
Baik kau senyap


Mula Semula

Bila roboh harapan kita
Kita berkeliaran mencari sisa
Kita mencari apa yang masih boleh diguna
Agar kita boleh mula membina
Hasrat kita untuk memula semula
Kita kebumi segala duka
Kita semai sekalian suka
Moga bercambah menjadi pepohon untuk kita berteduh seketika

Kita masih ada sesama kita
Untuk kita bina kembali harapan lama
Yang tertangguh kerana kita kurang peka
Terpisah kerana kita sibuk dunia
Hingga retak kita masih tak sedar ada
Hingga roboh apa yang kita sangka kita bina
Yang kita sangka dalam pura pura
Indah yang kita sangka rupanya mimpi buruk rupanya

Kini kita di dataran robohnya segala
Tukul keazaman telah kita bawa
Kita bina yang baru demi dia
Agar satu hari kita dapat lihat dia pula membina
Semua harapan yang kita tanam padanya
Namun kini masa untuk kita
Bina semua
Mula semula



Monday, October 20, 2014

Gemuruh

Wahai kamu
Andai dirimu masih belum tidur
Lelapkan lah mata
Kumpul tenaga
Kerana esok harimu penuh gemuruh
Pasti makan pun kau tak lalu
Aku tahu
Kau mahu aku ada disitu
Menemani mu
Tapi aku ternyata tak mampu laku
Hanya doa sahaja aku mampu
Dan tulisan ini yang merapu

Selamat maju jaya wahai kamu
Rebutlah peluang tanpa ragu
Jadilah diri kamu
Bukan jadi hamba melulu
Rezeki itu tuhan sudah tentu
Kita hanya perlu pilih mana yang betul seru

Gemuruh ini akan mengunjung mu esok
Jangan biar ia mengusai seluruh diri mu
Tenangkan fikiran kuatkan hati
Aku yakin pada kamu
Kerana kita adalah yang terbaik untuk segenap waktu

Sunday, October 19, 2014

Kita Pernah Bersuara - 20101947

Dari Alor Setar Ke Singapura
Ipoh ke Kuantan turut dilanda
Bila rakyat mula bersuara
Semuanya tergendala
Toko-toko tak diusaha buka
Jalan-jalan lengan umpama pontianak sudah tiba
Kilang-kilang henti bekerja
20101947 punya cerita
Sepuluh tahun sebelum istihar merdeka
Rakyat sudah lama celik peka
Tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka
Mereka yang merobek kekayaan negara
Mengaut untung tika rakyat merana

20101947 kini hilang dalam lipatan
67 tahun hilang tanpa kesan
Bukan mengungkit tak mengenang pengorbanan
Hanya menyingkap sebuah cerita kebenaran
Menunjukkan kuasa rakyat yang marhaen
Mengingkar para bangsawan
Henti kerja diisitihar sebagai tentangan
Tentangan yang menumpas keganasan
Menjuarakan kesamarataan

Dulu kita pernah bersuara
Menuntut apa yang dirasa perlu diutara
Walau semua usaha dipasung mereka
Kini kita dimasa semasa
Masa untung digembeling segala usaha
Melihat apa yang terbaik untuk kita
Takkala kiri dan kanan mula lemas dengan kaya
Kita cuma ada sesama kita..............

Mengenang 20 October 1947....bila kita bersuara