Tuesday, September 30, 2014

Perlu Dia

Lagi lari aku cuba
Lagi aku perlu dia
Rasa yang tak mahu lagi aku muka muka
Tak mampu tipu binasa
Hindar jadi seksa
Alpa jadi murka
Aku kenal aku siapa
Membiar semua berlalu sahaja
Berlalu tanpa cuba

Aku perlu dia
Semua ini terbina kerana dia
Menganjur ku lepas rasa
Saran pendam tiada
Lalu ku singkap semua
Biar terpampang mata
Moga mati segala curiga
Dikubur pada tanah duga

Ku tulis semua ini untuk mu manja
Biar bertahun memamah masa
Aku utuhkan kubu berdiri raja
Menunggu mu puteri dalam damba
Tiada lagi pura
Tiada lagi kura
Tinggal aku untuk kau teroka

Saturday, September 27, 2014

Jangan Tangisi Aku

Aku tahu kau rindu
Aku tahu kau sayang mahu
Dan aku tahu kau dalam tangis sendu
Tangis bila teringat padaku
Hentikan segala lagu sayu
Aku tak layak untuk semua itu
Kotor jiwa ini untuk di angkat sebegitu
Hatimu yang bersih suci melagu
Tiap degup tanpa palsu
Tiap denyut tiada tipu
Hanya aku yang masih tercari perlu
Hinga terpalit kekotoran laku
Menyucinya aku sudah tak mampu
Kerana sudah sebati pada urat darahku
Membina sekala otot membalut tulang ragu

Jangan tangisi aku lagi
Buangkan semua dari hati
Aku fugura yang tak perlu kau cari
Mahupun campur sebati
Aku hanya jasad yang terpesong sesat
Lontar kata penuh kesat
Kegelapan yang sudah semakin pekat
Sudah sampai masa untuk kita henti pikat
Henti sebelum tubuh mendapat birat

Friday, September 26, 2014

Layak Impi

Aku impi
Memiliki mu sepenuh hati
Diperlukan mu tiap kali
Mensisipkan mu pada tiap nadi
Menjaga tiap sakit pening yang menjajahi
Menggenggam tiap ulas senyum berapi
Membisik cinta pada tiap pagi
Mempersembah tiap khidmat  tak dibatasi

Aku impi
Menyedia tiap libur kita berdua
Menjaga tiap rasa perlu menjana
Akan aku terus tidak melupa
Waktu tiap kali aku berdoa
Agar kau dalam sejahtera
Mencinta dalam tiada rupa

Namun layakkah aku kini
Mengharap cinta pada tiap inci
Walau aku hanya layak pada daki kaki
Kan ku terus berlayak impi

Di tanah kita

Mencari Cari Di Kota Paris

Terpinga di Taman Tuileries
Bersama kuntuman bunga di tangan kanan ku
Memandang Istana Louvre dari jauh
Kenapa aku buntu di kota cinta ini?
Seperti tak tahu urus diri
Mahu sahaja aku seru semangat Sang Napolean
Penakluk hebat manusia sekalian
Ku cuba cari di gerbang Arc de Triomphe du Carrousel
Mercu kejayaan tentera-tenteranya
Bagi membina sebuah negara
Berjalur tiga warna

Ku cuba meliar di tebing kanan Seine
Terpandang Notre Dame
Tempat sibongkok mencari teman
Tersorok kerana sifat-sifat umat pelik
Yang cinta cantik tapi menjelir pada jelik
Seketika tanpa ku sedar celik
Sudah tiba aku di Place de la Bastile
Dataran yang bersejarah
Tempat bermula sebuah revolusi
Mengubah dunia yang kita diami
Namun aku masih tercari
Kemurnian sebuah hati

Masih lagi aku tercari
Adakah harus ku pergi sampai ke Katakom
Mencari dirimu yang aku tak kenal hukum
Aku harus ke Champ de Mars
Mendetik hati ku
Aku harus ke sana

Minit berselang
Champ de Mars dalam pandang
Aku melihat susunan besi umpama sarang
Menara Eifel laksana sajak yang telah lama berkarang
Kulihat dirimu bermurung radang
Kau yang aku cari siang dan petang
Tangan mu ku genggam tanpa malu alang
"Telah lama aku mencari mu sayang".......................

Wednesday, September 24, 2014

Sepi Itu Bukan Cinta

Sendiri menyepi
Umpama kecil melidi
Tiada siapa lagi
Muncul dia yang selama aku ingini
Adakah benar perasaan ini?
Atau sekadar penyedap diri
Mengisi segala yang belum disisi
Memalsu rasa yang tak pasti

Sepi ini bukan cinta lagi
Dan cinta ini belum pasti sepi
Salahkan perasaan ini
Pemerhatian yang tak kenal mari
Biarkan semua ini pergi
Kerana ia tak selayaknya terhias tinggi