Wednesday, February 26, 2014

Bak Kata Tikar Buruk

Dunia manusia memang tak berubah ikutan
Bila sifat keakuan melampaui kekitaan
Bila kebaikan di balas kejahatan
Putih tenggelam dalam tumpahan kehitaman
Keraguan lebih dipercaian dari kesetiaan
Benar kata si tikar buruk
Dunia ini laksana longkang yang busuk
Bila yang baik di ketuk kutuk
Laksana dirinya yang dibuang hina
Lepas lunyai dipakai diguna
Menjalani sisa di airran lupa

Tuesday, February 25, 2014

Romantik Seram

Hahahahahahahahaha
Jangan risau wahai sayang
Aku memang suka sembunyi balik bayang-bayang
Cuba untuk romantik tapi seram yang tertayang
Mungkin sebang asyik cuba memanjang
Dilihat terdesak menendang-nendang
Melebih-lebih seperti mencanang gendang
Menggula dengan material barang
Menggila mengharap baik dipandang

Hahahahahahahahahahahaha
Aku memang tak pijak menelek
Tak sedar aku dipandang jelek
Patutla tiap kali aku lalu dia uweeeeek
Ingatkan mengidam jeruk betik
Aku carikan tetapi kau pulang balik
Aku sangka kau jual mahal
Rupanya aku yang bebal
Hahahahahahahaha

Monday, February 24, 2014

Hilang





Siapa yang tidak mahu hilang? Pudar dan terus hilang. Kerana kecewa, kerana malu, mahu mula semula, mahu simpati dan macam-macam lagi. Bagi aku, aku sudah lama mahu hilang. Kereta sorong ku sudah lama kotor dan penuh............



Aku hilang diriku

Sementara mengejar kamu

Aku hilang nyawaku

Kerna ku mahu cintamu



Dan aku hilang

Hilang



Dari cintamu

Dari hidupmu

Dari segala-galanya



Milikmu oh milikmu



Aku ingin kau tahu

Dan sedar kewujudanku

Aku inginkan kamu

Lebih dari yang kau tahu



Dan aku hilang

Hilang



Dari cintamu

Dari hidupmu

Dari segala-galanya



Milikmu oh milikmu



Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku

Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku

Tapi ku ingin kau tahu

Ku akan mencintaimu



Dan aku hilang

Hilang



Dari cintamu

Dari hidupmu

Dari segala-galanya



Milikmu oh milikmu


Aku Nampak

Aku nampak hari itu
Kau gelak ketawa laksana hantu
Berdekah tak jaga laku
Aku tahu...kau gelakkan aku
Tak kisah sebab itu yang aku mahu
Sudah lama bahana itu aku tahu
Buatkan aku tak peduli waktu
Jadikan keras seperti batu
Bukannya aku degil melaku
Tidaknya aku menuntuk hak untuk ditahu
Tapi itu memang naluri ku
Menjulang tinggi umat keliling
Hal diri tak ambil pusing
Kerana adat melukut orang tak penting
Tetapi hari itu aku nampak apa yang berlaku
Ku cuba sedar apa yang lalu
Tetapi itu bukan naluri ku

Sunday, February 23, 2014

Metafora

Aku tak berfikiran terus
Tuju aku tak semestinya lurus
Jalan dibaca fikiran ku secara telus
Aku masih dalam niat mengkambus
Dalam hawa dingin kabus
Tak pinta dipermain seperti tikus
Dalam lorong sesat yang rakus
Sang permain yang perasan bagus
Jiwa tikus yang sudah lama tercetus
Dahulu telah tersasul letus
Sang pemain sangka dia kenal sang tikus
Tapi sangkaan itu sangkaan putus

Tika siang mula melabuh
Waktu nota pada sang merpati diikat labuh
Tanya khabar pada permata yang jauh tersauh
Kini sang merpati ditembak jatuh
Kerana permata sudah enggan menyambut
Di utus gagak-gagak serabut
Bersama sang ereng yang menunggu nyawa dicabut
Hati terkoyak dilagak kalut
Jujur yang selalu disebut
Rupanya hawa busuk yang keluar dari mulut
Khafarah mengintai tunggu menuntut
Pedihnya umpama terkoyak buntut


Friday, February 21, 2014

We'll Be Happy

Putuskan Keputusan

Sudah lama bermain kata
Tak terdengar hanya dibaca
Umpama perang tarik menyua
Tak habis-habis mahu putuskan sahaja
Putuskan kepututsan sahaja
Kalau ragu jangan mencuba
Kalau malu jangan muncul jasadnya
Sorok biar ia busuk membusung rasa
Kala terketar tutur kata
Jangan harap khalayak mahu minat baca
Kalau hanya pura-pura
Pura-pura yang merupa
Hingga manusia hilang dan lupa
Putuskan sahaja apa yang mahu dikata
Mahu aku atau dia?