Sunday, October 6, 2013

Takut

Katakan Sahaja

Katakan sahaja agar aku tahu
Jikalau aku menyesakkanmu
Andai aku melemaskanmu
Aku tak mahu mengganggumu
Tika hidupmu kian berlagu

Katakan sahaja agar ku tahu
Ku boleh terima tumbukan ke dagu
Kepalang sakit tapi aku restu
Dari kau berasa maaf buatku
Ku terima apa yang ditentu
Hatimu kebal tak seperti aku

Katakan sahaja agar ku tahu
Dari kau diam buat ku tunggu
Seharian menanti sapaan mu
Janganlah teman berasa ragu
Aku hanyalah taman untuk kau jemu

Katakan sahaja agar ku tahu
Diri ini sudah tak seperti dahulu
Kenal hidup indah selalu
Semuanya kerana kamu
Meniup semangat wirama laku

Katakan sahaja agar ku tahu
Walau sakit tak ku hirau lalu
Utama adalah dirimu
Yang tiap masa akan ku rindu

Friday, October 4, 2013

Cukup

Yang ditakuti bakal terjadi
Bila letih kecewa di hati
Bukan mengalah tapi henti bermadah
Jujur itu tak semestinya indah
Bohong itu belum tentu padah
Ku mahu duduk sebentar mengalas lelah
Kan kembali kalau ku sudah

Tak pernah ku sesal walau sesaat
Membuka hatiku untuk kau siat
Pengalaman berguna untuk ku sikat
Merapi serabut untuk kekal sihat

Aku disini tetap melangkah laju
Memburu harapan menambah mutu
Kau kan selalu dalam doa ku
Tinggal mu inap di rongga jantungku
Sapaan mu akan aku alu
Namun tidak lagi ku tunggu
Otak menyata pada hati yang manggu
Cukup....cukup.....sudah sampai waktu

OK OK

Berlekok Tengkok Mematok
Terlentok Songkok Atok Gemok
Menokok Sejok Hirok Pikok
Terhantok Masok Terok Rojok
Berkokok Perok Pokok Sintok Bekok
Pemojok Kekok Tarok Rujok Memujok
Terperok pujok masok lekok
Sejok.....Terok Memujok

CUPS!!

Karma

Bila berbicara tentang karma. Ramai yang aka teringankan lagu Hukum Karma oleh Wings tak pun lagu Karma oleh Cokelat. Pernah seketika anda terfikir yang karma telah kembali dan menggigit buntut anda. Ya buntut anda. Itu yang aku rasa kini. Hampa, kecewa, merana, sunyi, sepi dan macam-macam kini aku rasa. Karma untuk aku setelah aku biarkan ibu bapa aku merasa sebegini.
Bagi berkata tulus, aku bukanlah anak harapan, sering bawa masalah, tiada potensi. Jadi aku telah membuat satu keputusan yang drastik bertahun dahulu yang menghempaskan hati ibubapa ku. Aku dapat rasakan kini perasaan mereka kini. Hampa, kecewa, merana, sunyi dan sepi. Dan yang paling penting malu. Kini Allah kembalikan rasa itu pada ku. Malam-malam begini ketika umat manusia terus lena dalam pelukan insan yang mereka sayang, aku masih terjaga, sejuk, sunyi and mengejar bayang-bayang. Laksana cinta, kasih dan sayang memang sudah tak tertulis pada ku.
Itu tadi hukum dengan manusia, bagaimana pula hubungan dengan yang Yang Maha Esa. Kadang kala aku rasa hidup aku ini makin jauh dariNya. Hanya mencariNya ketika susah dan lupa tika senang. Aku hanya menjadi hambanya yang minumum. Mungkin sebab itu aku gagal mencari bahagia hingga kini. Ada sahaja yang tak kena.
Jadi kini membuat aku terfikir, kalau kita tak mahu diri kita di layan sedemikian rupa jangan lakuakn ia pada orang lain. Kalau tak suka ditipu, jangan menipu. Tak mahu menunggu, jangan biarkan orang  menunggu anda. Ia akan kembali menggigit anda dibuntut. Apa yang telah aku belajar sejak dua bulan ini. Aku hanya perlu jujur pada diri aku sendiri. Kerana ia akan menjadi kesan domino dan kita akan jujur pada semua orang. Jangan soalkan apa yang ditentukan Allah. Rezeki, hidup, mati, jodoh dsb hanya Allah yang tentukan. Jujurlah, berbaktilah...ada ganjarannya kelak. Baik atau buruk???? Ia tak beri apa-apa perbezaan bagi aku.

Thursday, October 3, 2013

Otak Hati

Tersandar aku sejenak
Mendengar keluhan otak
Hati yang sering membentak
Membuat seluruh badan senak
Otak berfikir dalam selerak

Hati menjawab marah
Keadaannya keluh dan resah
Memikir bangun atau rebah
Rasa cinta yang berubah ubah
Nak diturut atau mencelah

Otak memerli penuh sinis
Hati ingat semua ini manis
Realiti ini cukup sadis
Cinta ini anggap kau tak lebih dari kudis

Hati bangkit membela cinta
Ia suci dan setia
Cuma ia perlukan masa
Untuk rasa itu terus berbunga
Takkan layu kalau tak berbaja

Otak bingkas menyata
Kalau iklas masakan asyik kau yang berkata
Dia...diam bersahaja
Kau hanya hiburan semata
Jangan naif fikirlah semua
Kalau setia....dimanakah dia?