Saturday, November 23, 2013

Hanyut

Tiga tahun dulu ku kumpulkan gambar kamu dan dia
Ku kumpulkan bersama lagu hanyut
Meluah rasa cinta ku pada mu
Hanya kamu tiada yang kedua
Hari ini aku yang terhanyut
Menerima tempelak mu yang meragut ego ku
Membuat ku sedar
Walau betapa kebaikan yang aku tabur
Betapa banyak sayang yang ku tabur
Pada mu hanya benci-benci yang berterabur

Saat kau tak terdaya... aku berkorban apa sahaja
Masa siang malam ku
Rasa cinta dan sayang ku
Waktu tunggu dan sabar ku
Tapi kini hatiku umpama tak terterima laku
Di layan sebegitu
Laksana sarap yang berkutu

Aku kini terasa hanyut
Gagal menggenggam tebing utntuk bergayut
Takala masa semakin lanjut
Kau lemaskan aku sehingga melalut
Namun kini aku sudah penat berlutut
Kerana kau tidak lagi memberiku apa yang patut

Friday, November 22, 2013

Kambus

Bunga mawar merah mekar menguntum
Merah basah umpama bibirmu
Kambus saja. agar tiada siapa yang tahu

Pelangi indah memercik warna selepas hujan
Suasana indah selepas berlam suram
Kambus saja. agar tiada siapa yang tahu

Kerdipan berjuta bintang kejora
Perhiasan langit luas terbentang
Kambus saja. agar tiada siapa yang tahu

Pemandangan luas hijau berbukit bukau
Kicauan burung menyeri suasana
Kambus saja. agar tiada siapa yang tahu

Tenang mengalir air di kali
Berterbangan sang sibur ke sana kemari
Kambus saja. agar tiada siapa yang tahu

Hangat indah sinaran mentari pagi
Hidu bauan rumput baru dipotong
Kambus saja. agar tiada siapa yang tahu

Saat-saat indah pabila ku rasa kau amat dekat
Mendatangkan kupu-kupu berterbangan di dalam perut
Terpaksa ku kambus, aku tak mahu kecewa rakur



AKU BUKAN PILIHAN

Untuk Dia...Hanya Dia

Kembalilah kesini
Jangan hilang sebegini lagi
Bukan untuk aku tapi untuk dia yang kita kasihi
Yang masih kurang mengerti tentang itu ini
Kan ku terima segala buruk diri
Walau ia akan membawa ku ke neraka nanti
Untuk dia berbahagia disini...aku tak peduli

Lakukanlah bukan untuk aku
Tapi untuk dia yang memerlu
Jangan dihukum dia untuk setiap salahku
Ya memeang benar aku mengaku
Sanggup ku telan segala ego berlingkar kalbu
Biar kalah untuk memenangkan hati sejuk mu
Aku rela aku tak pernah ragu

Kembalilah ke teratak burukku
Yang dulu kau puji mahligai merdu
Ku kan diam tak menegur perlu
Dia pasti takkan memaafkan ku tanpa jemu
Untuk dia, hanya dia. Aku sanggup, aku laku

Thursday, November 21, 2013

Tercerai Tak Tercantum Lagi

Kuasa ada pada ketua
Mahu jatuhkan 1,2 atau 3
Biar tergoncang langit syurga
Kerana ia jalan terakhir cerita
Agar tidak tertambah dosa
Supaya tak gugurnya pahala
Mencinpta lencongan dari syurga ke neraka

Sebelum dijatuhkkan fikirlah dengan bijaksana
Jangan ikutkan hati yang marah ketika
Agar tak menyesal di hari muka
Ingatlah nasib si kecil manja
Bagaimana dia boleh berterima
Dia masih tidak tahu apa -apa

Jangan pula cabar meminta
Jangan dibakar api yang sedang marak menyala
Tak perlu diucap berniat segala
Cukup lafaz menanti kata
Maka terharamlah yang halal
Mungkin kau terasa pisah berdua
Lagi enak dari bersatu satu semata
Tapi itu hanya fikiran mu sahaja

Lubang Hitam

Ruang angkasa terbentang di minda
Aku sang penjelajah utama
Mencari hentian di situ si sana
Tak terjangkau luas semesta
Untuk mencari yang paling bersinar diantara kejora
Bagi hiasan hati yang merana

Nun di sana
Kulihat kejora mu bersinar nyata
Namun berlingkar lubang hitam durjana
Lubang hitam yang penuh dengan curiga
Tiap kali aku menghampirinya
Di tarik ku bagai menggila
Curiga yang bisa buat aku kecewa
Dan lupa segala yang indah tentang kejora
Aku tak sanggup, aku tak rela
Aku mahu yang indah-indah sahaja tentang dia

Lubang hitam durjana
Menghalang aku merapati kejora
Biar sahaja ku memuja mu tanpa kata
Kerana aku belum bersedia
Melawan kecewa menangkis curiga
Aku lemah...aku alpa

Wednesday, November 20, 2013

Aku Dan Kamu

Aku mahu kamu mahu aku
Aku hilang bila kamu hilang dariku
Aku benci bila kamu benci padaku
Aku suka  kamu suka padaku
Aku perlu kamu perlukan aku
Aku gembira bila kau gembira dengan ku
Aku rayu kau merayu pada ku