Thursday, November 7, 2013

Aku Menulis

Aku mahu kau tahu isi hatiku
Lalu ku tulis bait tak berlagu
Agar kau tahu
Apa ku perlu
Apa ku rasa seketika lalu
Betapa aku rindu
Betapa kau begitu cantik dimataku

Ku tulis semahu
Perasaan ku ketika malu
Isi hati segenap waktu
Ku mahu kau tahun
Betapa kau kukuh di tahtaku
Kau lah segalanya yang terbuku

Tuesday, November 5, 2013

Dua Kon Aiskrim

Tangan ku memegan dua kon aiskrim
Dari jauh aku  tahu kau kirim
Perlahan ku berjalan dengan intim
Aku tidak tahu perisa kegemaran mu
Lalu ku beli vanila dan cokelat
Agar kau tak masam kelat
Kalau aku tersalah ingat
Kau pilih vanila
Lalu membuat aku gila
Kerna aku juga suka
Akhirnya aku yang masam kelat
Akibat tersalah ingat
Kau ceria
Aku gembira
Lalu menyusur berjalan beriya
Melalu gedung-gedung hawa dingin berudara
Masam kelat kini suka
Ya...aku suka

Cerita Hari Ini

Hari ini aku menjamu
Harap dia datang bertamu
Melupakan sengketa lalu
Optimis fikir kau akan mahu
Rupanya melesey melulu
Kau masih sebegitu
Membenci ku seperti dulu
Aku....lelaki yang tiada laku

Dalam keramaian datang
Ku nanti kau bertandang
Beribu sapaan undang
Daun pintu ku pandang
Menunggu mu sehingga hati ku radang

Selamat Pagi Semua

Ini Permulaan Setelah 11 Jam
Penghijrahan yang tiada lagi
Melainkan jihad ijtihan yang memperbaiki diri
Bukan hanya mengharap tapi berusaha lagi
Usah di fikir kata -kata yang tak sudia
Yang kononnya engkau sanggup nanti
Mimpi hanya untuk inspirasi
Kau harus dakap realiti
Mengucup tiap tiap kepulan asap berapi
Walau menyesak mu, mencekik separuh mati

Ku ucapkan semua selamat pagi
Yang mencinta dan yang membenci
Diri ini yang sejujurnya di beri
Tak mahu menipu lagi
Tak berupaya memulakan dengan langkah kiri
Tak menyesal luahkan isi hati
Walau terasa tak relevan kini
Itulah sejujurnya maki
Melihat dunia inci demi inci
Dan memadam memori berkali - kali
Memori ini takkan mati
Akan kekal dalam sanubari\
Tak mahu ianya pergi
Itu sahaja kenangan abadi
Selamat pagi wahai umat nabi
Cinta, rindu, kasih, sayang dinanti
Akan terus sendiri lagi
Menanti tibanya sang puteri
Menyambut tangan yang kotor ini.............................

Monday, November 4, 2013

Ingatkah Kau Dulu

Ingatkah kau dulu
Waktu kita sama mendongak langit malam lalu
Meneroka bintang bintang tanpa jemu
Sambil berbalas sapaan malu
Indahnya saat itu

Ingatkah kau dulu
Saat ada yang mengganggu mu di pagi hari
Menyaying mu di jalanan tadi
Aku hanya mendengar diam diri
Walau kala cemburu datang menghantui

Ingatkah kau dulu
Waktu kau berlari mendapatkan aku
Tika aku kirim hatiku untukmu
Walau aku telah pergi berlalu
Perasaan aku ketika itu....kau takkan tahu

Ingatkah kau dulu
Waktu pertama kali kita bersapa
Comelnya diri mu bersulam manja
Memberi ku rasa yang tak pernah ku tempa
Sering kau cerita apa yang kau kerja

Ingatkah kau dulu
Kau pernah serahkan hatimu
Yang kini kau ambil kelu
Selepas aku jujur padamu
Dalam ku tetap yang sama.....mendamba mu tiap waktu

Sunday, November 3, 2013

Jasad Terpeluk Hati Terlepas

Hati ini terlepas di udara lepas
Walau jasad terpeluk kemas
Bahagia kini adalah sejarah hampas
Bila cakap terpaksa beralas
Agar hatinya tak terhempas
Akal ku tak tangkas
Lari pun tak pantas
Jasad sudah terdakap...kudrat malas
Hatiku kekosongan asas
Damba kau isi dengan bukan cantas

Melihat kau dari jauh
Waktu bila kau labuhkan sauh
Walau menitis yang bukan peluh
Ku tahu  kau akan tetap menjarak
Walau jaraknya cuba ku congak
Aku sudah boleh agak
Hati ini selamannya lohong
Walau berjuta aku cuba bohong
Mempamer jasad yang menyanyi ceria
Pada landasan hati yang telah lama lara

Saturday, November 2, 2013

Aku Tak Mahu Jadi Lagenda

Aku tak mahu jadi lagenda
Jadi pecundang yang tak penah menang
Aku tak mahu jadi lagenda
Jadi pengalah yang tak pernah kalah
Aku tak mahu jadi lagenda
Jadi penunggu yang tak pernah jemu
Aku tak mahu jadi lagenda
Jadi pemarah yang tak penah amarah
Aku tak mahu jadi lagenda
Jadi penglipur yang tak pernah melapor
Aku tak mahu jadi lagenda
Jadi sang gagah yang ternyata lemah
Aku tak mahu jadi lagenda
Jadi pencinta yang tak pernah meminta
Aku tak mahu jadi lagenda
Jadi penyajak yang tak pernah sesak
Aku tak mahu jadi lagenda
Lagenda itu mimpi dan aku adalah realiti