Nukilan Orang Hati. Sisinya Gelap Tidak Kelihatan. Dikenali Tapi Tak Pernah Dierti. Ramai Tapi Tetap Sendiri. Gembira Tapi Tak Pernah Terisi. Mendakap Realiti Dalam Mimpi, Benar Tapi Penuh Palsu. Hilang Dalam Terang. Sembunyi Dalam Gelap........Cinta Itu Inspirasinya
Thursday, September 5, 2013
Dejavu??????
Cinta itu hanya cantik kerana adanya mata
Namun cantik itu bisa luntur dan mata itu bisa kabur
Cinta itu berharga kerana adanya materi
Namum harga itu bisa lupus dan materi terus lebur
Cinta itu harum kerana adanya rasa
Namun harum itu bisa pudar dan rasa itu bisa tiada
Cinta itu tinggi kerna adanya darjatNamum tinggi itu bisa rebah dan darjat itu bisa lelah
Cinta itu suci kerana adanya sejati
Suci itu akan ke mati dan sejati itu tetap di hati
Mengapa terdarjat sucinya cinta
Ada kalanya darjat itu juga bisa mencinta
Zaman berlalu ianya tetap ada
Walau sekecil hama..walau seluas semasta
Selagi emosi melingkari insani
Selagi sangsi terus menyelimuti
Selagi hati tidak pernah menyuci
Hipokrasi menjadi bumbu yang mesti
Merencah hidup umat2 nabi
Selamanyalah kita akan terus ….DARJATKAN CINTA
Nota ini aku tulis pada November 24 2005. Di tulis pada masa-masa sakit. Di waktu aku remuk redam yang telah mencorakkan 8 tahun ke hadapan. Sejak itu sepi, sendiri, seorang sudah menjadi resmi aku. Di saat aku begitu naif dan cuai bila mencinta. Hari in aku sedar, aku masih tidak berubah. Tapi kadang kala aku terfikir, aku yang gagal berubah atau dunia sekelilingku yang tidak mampu berubah.
Wednesday, September 4, 2013
Dunia Mesti Adil??
Betul?
Dunia mana yang kau katakan ini?
Tidak sama dengan dunia aku kan?
Kalau sama, di mana persamaannya?
Kau yang tidak sedar atau aku yang buta?
Kan dunia kita tidak sama?
Kalau adil bagi mu masakan adil di dunia ku?
Kalau semuanya pada kamu, bila pula ia akan padaku?
Kau tanya sama hatimu.......
Dunia Dengan Runut Bunyi
Cuba bayangkan dunia tanpa pencemaran bunyi. Hanya kedengaran runut bunyi kegemaran anda. Berterima kasih kepada pencipta earphone. Hari ini aku bercadang hendak ke One Utama tetapi tekak terasa teringan karipap Ikea. Aku turun di IPC. Bila kedengaran hanya runut bunyi, kita akan lebih melihat. Melihat dengan mata mendengar dengan hati. Terasa dunia lebih sempurna. Takde kedenganr orang bersembang kuat di dalam bas, hon kereta, hiruk piku lebuh raya. Pendek kata dunia lebih tenang. Tapi kalau runut bunyi anda adalah dari Lamb of God, mungkin lain cerita. Haha.
Selepas menjamah karipap IKEA yang begitu mengenyangkan. Aku terus berjalan setiap inci IPC. Jurujual pun tidak mendekati aku. Memang tenang. Sampai tingkat atas aku tiba ke syurgaku yang sudah lama tidak aku kunjungi. Kedai buku, gedung ilmu, toko membaca.. Aku mula menyelongkar tiap rak mencari apa yang menarik minatku. Penuh sabar aku meneliti tiap satu persatu. Dan akhirnya aku terjumpa juga dengan harta karunku. Misi merayau tanpa tuju berjaya. Aku sedar dua perkara. Membaca jabatan ilmu dan dunia tanpa komplikasi akan lebih indah. Jangan terbeban dengan benda-benda remeh. Bingkaikan semula pandangan supaya lebih positif. Ayuuhhh!!!Meniti Jalan Lama
Kenapa agaknya hati ini terpanggil untuk aku lakukan satu perkara yang sudah lama aku tidak lakukan. Fotografi jalanan? Bukan....lepak kedai buku berjam2. Aku tau ia seolah2 mencuri tetapi kan lebih baik kita faham isi buku itu dahulu dan selepas itu baru kita dapat menghargai seni kulitnya. Ermmm rasa seperti mahu ke kedai buku hari ini. Ya....keputusan sudah ku putus. Ayuh petang ini mesti jadi. Moga2 takdirku menanti di sana.....
Hanya Satu Lagi Pagi
Pagi ini tiada yang beza
Diri masih sunyi hati masih sendiri
Walau terumpun dalam keramaian mereka
Aku tetap terkurung dihati
Hanya mampu menjerit namamu tanpa suara
Tiap khabar darimu ku nanti
Walau gemerlapannya kini makin pudar ku rasa
Pagi ini terus disapa sang mentari
Melimpah sinar untuk umat serata
Namun tiada beza untuk diri ini
Kerana rasa ini telah gelap gelita
Dibutakan rasa cinta yang tak akan berhenti.....
FAST....MUY RAPIDO
If you think that lightning is fast.....wait till you hear my heartbeat when I'm felt near to you.....
Tanah Airku Tanah Airmu Jua. & Tanahair
TANAHAIR
(MENJELANG KEMERDEKAAN)
Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani
Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai
Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati
Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan
Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan
Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
Tongkat Warrant
1956
