Wednesday, November 20, 2013

Puisi Tak Sempurna

Kau tuliskan hari lalu sebuah puisi
Datang dari keindahan imiginasi
Mungkin dari apa yang kau hajati
Aku hanya membaca penuh teliti
Mengharapkan dia yang bersama mu itu aku di hakiki

Kau lontarkar hasratmu pada tiap musim
Memasang telinga untuk ucapan manisnya
Dia memang pandai bermain kata
Yang bisa membuatmu terus gila
Gila kepada dia\

Tapi ia tidak harus di tamat pada tiang kewarasan
Puisi ini tak sempuna landasan
Jangan tamatkan ia tanpa alasan
Ceritakanlah tiap masa cinta kemanisan
Menabung masa agar tak kehabisan
Puisi ini belum lagi sempurna
Simpulkan ia walaupun dalam gelita kepanasan

Tuesday, November 19, 2013

Degil Mengharap Cintamu

Tiada lagi yang dapat ku lakukan
Selain terus berkeras degil mengharap cinta kalian
Tanpa jemu ku teruskan sapaan
Melafaz rindu yang terus tak kesampaian
Walaupun jawapan tak seperti aku harapkan
Tetapi kau terus menjawap tiap soalan
Dari diam sepi umpama bulan

Aku tahu aku ini amat degil
Degil mencinta walau tak terpanggil
Kerana hatiku ini tiada yang memegang
Selain kau yang ku harap berterang
Mencerah soalan yang ada kalanya tegang
Ku mahu serahkan hatiku padamu sayang
Setelah ia kosong vakum melayang layang

Aku takkan berhenti berharap
Selagi aku kau tak anggap umpama sarap
Mengotor ruang hidupmmu dengan asap
Aku kan terus degil mengharap cintamu
Bukan ego tapi hanya kau yang ku mahu
Setelah dia tiada lagi di hatiku


Sunday, November 17, 2013

Rindu Kasih

Rindu gelak tawanya
Rindu rengekannya
Rindu dirinya yang asyik bertanya
Rindu keletah manjanya
Rindu bila masa dia mula menyanyi
Rindu segalanya tentang dia
Kasih ....
Jangan susahkan mak wan
Jangan nakal nakal di sana
Ayah di sini akan berusaha segala
Agar hidup mu makin sempurna
Ayah rindu kasih

Ketegaq

Hang kata aku ketegaq
Tak dengaq cakap hang
Tapi bila aku tanya sebab
Hang dah mula cemuih
Melilau aku cari jawapan
Sampai makan pun dok rhasa tawaq hebiaq
Walau sebenaqnya kopi tu maneh ting
Ikutkan hati aku nak tau la ni jugak
Hang kan memang dok tau aku memang rasa dendam kat hang
Tapi hang dok jawab ikot dan ja
Kadang-kadang rasa hati ni cam aku nak katok buang
Punggai jauh
Cinta patut maneh tapi apsal aku dok rasa paet berdengung
Mungkin cinta hang cayaq, tak macam cinta aku
Dah berapa kali aku suruh hati aku sengap
Dia dok cakap gak pok pek pok pek
"Try laaa, baru hang tau hang terra ka tak" ni hati dok cakap laaa ni
"Woi hati,,hang jangan dok gebang besaq kat aku laa" aku baleh balik
Dia ingat dia sorang ja leh nyembang
Awatnya jadi lagu ni?
Nak wat camna..sebab hang la
Dok sayang cinta sakan
Sampai naik sangap pastu sengap
Sekarang aku yang merepek meraban tak kena hala
Ghiau jangan cerita laa...banyak kali dah
Last-last hang kata aku ketegaq
Takpala tapi aku nak tahu gak ketegaq celah mana?
Bukan apa, nak perbetoi buang
Usaha gak laa dari dok serawa
Daki ketegaq kalau tak tonyok mmg payah nak keluaq
Dah lama aku cuba hambat hati hang
Sebenaqnya aku rasa hang pun ketegaq jugak

Seorang Minta Minta Cinta

Pada bumi yang kontang dan sunyi
Debu-debu curiga berterbangan menyelaputi
Memedihkan mata memudarkan tingkap hati
Muncul sesusuk tubuh kurus melidi
Berbaju compang kaki tergari
Terhencot seorang diri
Melalui jalan pantai di waktu hari tinggi

Dialah seorang minta-minta cinta
Menagih kasih mencari hati tersisa
Di tangannya hati yang sudah tersedia
Untuk mencinta untuk membahagia
Namun ramai yang tak senang munculnya dia
Bau busuk mengisi ruang segala
Membayangi hati kasturi yang ada
Berwajah comot tak terurus sedia
Namun itu hanya debu-debu curiga
Di baliknya kulit mulus merupa

Mencarilah seorang minta-minta cinta
tiada yang ingin bersama
Semua menghalau tanpa upaya
Hadir kau hanya menyesak suasana
Hanya enak pada mula ketika
Lama-lama jelak menjelma
Cermin dan lihatlah susuk dan rupa
Walau ia hanya debu-debu curiga




Friday, November 15, 2013

Terisi Atau Sepi

Landasan -landasan perjalanan hidup
Meminta teduh dalam panas litup
Hati yang sepi dan tertutup
Pada cinta yang semakin menguncup
Sabda pengembara...cukup...cukup
Berilah peluang aku mengucup
Isian yang terlihat bergitu redup

Isilah hati ini sehingga bacai
Jangan dihempas untuk berkecai
Bukalah hijab di balik tirai tirai
Tamatkan segala malu damai
Ucapkanlah kata yang mengindah landai
Memilih waktu yang di yakin pandai
Atau rasa ini terbiar menjadi andai

Sepi yang telah lama berlabuh
Terkumpul semangat menarik sauh
Sikit demi sedikit tak terbiar labuh
Bukan lagi masa untuk tidah acuh
Landasan ini landasan rapuh
Isikan dengan cinta yang ampuh


Iris

Dan aku lepaskan segala untuk bersamamu
Kerana ku tahu kau rasa yang sama
Mencintaimu laksana mimpi di syurga firdaus
Dan ku mahu terus terlena dibuainya

Ku dapat rasa setiap detik
Yang ku hela hanya dirimu
Ku tahu ia akan berakhir di satu ketika
Ku mahu terus bersamamu malam ini

Ku tak mampu menahan khalayak menghakimi ku
Kerana mereka tidak akan sebenarnya mengerti
Pabila semua yang tercipta pasti pudar
Aku hanya mahu kau sedari diriku

Dan kau tak perlu menahan tangis mendatang
Atas segala benar dalam dusta ini
Bila hidup umpama hanya sandiwara
Kita perlu terluka untuk rasa sehidupnya hidup

inspirasi dari Iris oleh Goo Goo Dolls