Tuesday, November 12, 2013

Si Kosong

Aku mahu sekali cubit pipi kamu
Kamu yang aku kenal tapi tak kenal
Yang konon aku paham tapi tidak mengerti
Biar kamu senyum tak bermimik
Ketawa tak bernada
Kerana cuping ini belum pernah pun lagi dijengah suaramu
Mata ini pun belum dijamu rupamu
Jadi aku selalu lukiskan wajahmu di atas kertas minda dengan berus imaginasiku
Mungkin begini rupanya
Mungkin begitu suaranya
Jadi,
Bolehkan aku cubit pipi kamu?

-yaya-

Curiga

Janganlah kau begitu curiga
Menganggap aku dan mereka sama
Janganlah kau menghakimi ku tanpa periksa
Niat ku hanya putih sahaja
Jangan kau membuat lupa
Aku juga hanya manusia
Lemah dan hidup dalam alpa

Janganlah kau begitu curiga
Aku tidak akan mengapa-apa
Ibu ku mengajar agar ku hormati wanita
Mereka umpama mukjizat dari Yang Esa
Hargainya mereka semahu jiwa
Walau pelukan tak lagi ketat cengkamnya

Janganlah kau begitu curiga
Kan semuanya telah hilang tika kita menyapa?
Menyata jalan hidup tiap empunya
Sambil memberi semangat agat tidak pudar warna
Bunuh semua rasa prangsangka
Pasungkan segala yang tidak kena
Agar namamu kan ku sulamkan dalam doa
Mencari bahagia di landasan berbeza

Ku Tulis Pada Angin

Aku ingin luahkan yang terbuku
Ku tulis pada angin lalu
Kerana ku tak daya untuk mengukirnya pada hatimu
Walau inginnya bermahu seribu
Kau mungkin tertanya kena apa bergitu
Menunjuk luah pada mereka yang tak tahu
Yang hanya berlalu satu persatu
Tidak terus pada hati mu

Aku tak mahu kecewa menganggung malu
Pasti membina amarah bertalu
Bersulam kecewa menggigit kalbu
Menghempas hatiku berderai seribu
Aku hanya mahu ingati yang indah tentangmu
Agar inspirasiku tetap menjitu
Kan ku tempuh dunia ini selangkah satu
Sambil ku terus tulis diangin lalu
Kerana hatimu sudah terlalu jauh dariku


Monday, November 11, 2013

Maaf Untuk Rindu Ini

Hati sepi ku ini merindu
Tiap tawa tiap senyum ayu
Berpupuk dingin laksana bayu
Maafkan ku wahai kamu andai kau tak setuju
Tak daya ku melawan aku tak mampu
Rindu tetap menikam bertalu talu
Mencekik jantung selama mahu

Maaf untuk rindu ini
Yang selamanya takkan mati
Telah ku faham hidup sendiri
Menjalani dunia dalam sepi
Kekosongan yang tak berganjak pergi
Walau ku biar bercambah lagi
Maaf..ku tak mampu bertahan lagi
Memamah ku di setiap segi
Pada tiap inci

Sunday, November 10, 2013

Pemburu Terburu Buru

UHutan penuh misteri
Mula melambai tanda kemari
Pemburu leka termanis hati
Pujuk rayu hutan menghayal diri
Jeratnya mengena kuda bertanduk sakti

Cantiknya kuda bertanduk sakti
Terpaut terkhayalnya kini
Meronta pinta untuk dikasihi
Terburu pemburu merapati
Bergelojoh jerat membuka kaki
Merasa kuda sakti milik hati
Namun terlepas dan terus lari
Membiar pemburu manggu sendiri

Berpurnama pemburu rasa tak sempurna
Mengingatkan kuda sakti yang nyaris miliknya
Terlepas kerana terburu leka
Mengikut hati yang kosong berjela
Bagaimana cara untuk lupakan dia
"Terus keluar berburu" terbisik.jawapan di telinga

Saturday, November 9, 2013

Doa

Oh Tuhan
Hanya Kau yang Maha Segala
Lindungi dia dari mara bahaya
Sihatkan dia dari sakit gejala
Tanamkan suka dihati dia agar dia terus ceria
Agar dapat di lontar senyum dia pada dunia

Oh Tuhan
Maha Pelindung dan Maha Bijaksana
Sinari hidup dia dengan berkat laksana
Arahkan rezeki Mu yng luah banyaknya
Pada sayap-sayap Sang Mikhail pembawa
Layaknya dia hamba Mu yang sehaya

Oh Tuhan
Doa ini doa seorang pendosa
Yang tidak pernah jujur pada dirinya
Yang tidah patuhi Mu dalam selama
Doa ini untuk Dia
Dia yang sentiasa menjunjung nama Mu segala
Harap jalannya sentiasa Kau lindung terjaga
Kerana Kau yang Maha Segala

Friday, November 8, 2013

Habisan Sisa

Dalam rasa kecewa
Telah ku pupuk sinar harapan
Agar kau mula mengisi hatiku yang lesu
Dengan segala cinta kasihmu
Dengan segenap susuk sayangmu
Menjadikan ku raja yang bertahta
Sebagaima kau adalah permaisuri jiwa
Kau miliki segala yang ku impi
Walau kau ambil semula sedikit demi
Tinggalkan secubit untuk ku terus mampu berdiri
Atas harapan cinta ini
Walau jalannya bergelita kini
Jalan yang tiada pasti
Dari aku duduk diam mencongak mimpi
Yang jauh berjarak realiti
Aku akan tetap disini
Menghabis sisa harapan belum pasti