Nukilan Orang Hati. Sisinya Gelap Tidak Kelihatan. Dikenali Tapi Tak Pernah Dierti. Ramai Tapi Tetap Sendiri. Gembira Tapi Tak Pernah Terisi. Mendakap Realiti Dalam Mimpi, Benar Tapi Penuh Palsu. Hilang Dalam Terang. Sembunyi Dalam Gelap........Cinta Itu Inspirasinya
Thursday, October 3, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Tidak Akan
Tidak akan ku buat kau keliru
Kerana kata kata ku terus tidak berliku
Tidak akan ku buat kau rimas
Anggap sahaja aku tiada bernas
Tidak akan ku buat kau rimas
Dengan alunan muzik lemas
Tidak akan ku buat kau menangis
Walau hatiku terhiris tragis
Tidak akan ku miliki cinta mu
Kerana cinta bukan untuk dimiliki aku
Tuesday, October 1, 2013
Gembira (Aku Juga Punya Hati)
Hilai tawamu bersilih ganti
Bila temanmu menjengah diri
Bila hanya aku kau diam diri
Semua sakit datang kembali
Ada teman aku tak dipeduli
Yang bersengkang mata menyuapmu nasi
Tak ku kisah sebab kau ku sayangi
Mungkin kau terlupa aku juga punya hati
Hati yang berterusan ku kerah untuk mencintai
Sayang....kau buatlah apa kau hajati
Jangan kau lupa aku juga punya hati
Agar Aku Tahu
Pangea perasaan yang tak bisa ku sauh
Jangan kau berlalu wahai kamu
Dirimu amat ku perlu
Perangsang mendenyut segala nadiku
Walau ku tak pasti apakah perlu mu
Kalau aku...nyatakan agar aku tahu
Mahu saja merenung tepat wajahmu
Aku tahu..ia bisa membuatmu malu tersipu
Biar mengeletar jari-jemarimu
Aku tak mahu memiliki senyum mu
Hanya mahu ia tersimpan untukku
Nyatakan sahaja apa yang pendam itu
Tiada yang salah, tiada yang betul
Dari dibiar ia tidak pernah pacul
Cahaya hatiku ini usah kau pantul
Biarakan rasa yang sama muncul
Ruang kosong hati ini telah kau gapai
Jangan lepaskan, ia milikmu sekian sampai
Nyatakan pada ku agar aku tahu
Filem Indonesia
10 Filem Indonesia Pilihan
1. 9 Naga
2. Ada Apa Dengan Cinta
3. Mengejar Matahari
4. Gie
5. Hafalan Shalat Delisa
6. Serbuan Maut / Raid: Redemption
7. Catatan Akhir Sekolah
8. Alangkah Lucunya Negeri Ini
9. Laskar Pelangi
10.Merah Putih Trilogy
Itulah CaraNya
Ketika dua hati tertiarap mencuka
DiwujudkanNya satu malapetaka
Nampak malang pada zahirnya
Tetapi adalah kurnia tak terkira
Itulah cara rahmatNya
Menguji dan memberi pada sehaya
Agar reda amarah beraja
Untuk dikenal nikmat bercinta
Yang selalu dinilai sebagai hama
Begitulah caraNya
Tak terjangkau akal manusia
Ujian diberi bila diri bersedia
Oh Maha Adil Oh Maha Kaya
Betapa aku tak acuh pada nikmatMu segala
Rasa termudah yang menbuatku lupa
Pada daratan panas membara
Setelah asyik terselam nafsu dunia