Friday, September 6, 2013

Hidup Bersamaku

Nafasmu menyapaku
Rambutmu menyentuh kulitku
Kala malam bila kita bersama

Kan ku selimuti dirimu
Takkala angin dingin menyapu jejari kakimu
Membuatkan mu lena semula dibuai mimpi

Ku impi kita tua bersama
Berkongsi pahit manis kehidupan
Menerbitkan segala kebaikan
Aku dan kamu

Walau tika kulit sudah mula menurut
Tubuh kita sudah mula surut
Tetapi kita tetap hati yang sama
Yang mabuk cinta berdua

Kita tetap menyanyikan lagu kita
Tika rambut sudah tidak lagi hitam
Bersama zuriat yang turut mendendang
Mendendang meraikan kita

Kau lah satu-satunya
Yang mebuatku sakit yang membuatku kuat
Membuatku rasa apa yang benar
Buatku benar-benar hidup

Ku impi kita tua bersama
Berkongsi pahit manis kehidupan
Menerbitkan segala kebaikan
Aku dan kamu


Diinspirasi dari lagu Grow Old With Me dendangan Tom Odell

Tanah Air Karya Allahyarham Tongkat Warrant

10 Tahun Sebelum Merdeka (2007) - Sisi Sejarah Yg Tak Di Ajar Di Sekolah

Thursday, September 5, 2013

Kalis

Tujah robek kulitku tapi tidak apa
Kerana cengkerang ku kalis semua
Walau tertusuk besi segala waja
Tidak apa biarkan sahaja

Tidak akan ia tembus untuk menyakitiku
Walau aku hanya menyeringai kaku
Menanti serangan yang maikn bertalu
Tak akan aku mengundur, akan ku membatu

Kulit ku kalis sakit
Paras ku kalis calar
Tubuh ku kalis besi
Namun tidak HATIKU

Aku Suka Kamu

Kau cantik kau sangat manis
Menyegarkan aku di masa tragis
Kau manja kau ceria
Umpama sang suria memancar dijendela
Hatimu tulus akalmu mulus
Membuatku gagal berfikiran terus
Kau buat aku kenali aku
Kau terbitkan yang terbaik dari ku
Kau sinari sisi gelapku
Kau airkan kontang mindaku
Oleh itu aku suka kamu
Peteri tamanku.......

Detik Waktu


Waktu yang sepi
Kedengaran bunyi jam berdetik
Setiap detik berlalu
Tanpa menungguku
Yang menunggu kamu

Masa terus berlalu
Meninggalkanku termangu
Yang saban hari masih mencuba
Mengenali dan mentafsir isi hati dan fikiranmu

Adakah kamu masih disini untukku?
Atau kamu sudah berlalu?
Khabarkan padaku isi hatimu
Agarku tidak terus berharap
Agarku berhenti menafsir
Agarku dapat memulakan lembaran baru di dalam diari hidupku. 

Mata Hati

Ke mana arahnya
Sudah puas ku mencari
Namun belum kutemui
Dirimu hilang di dalam terang
Aku tersesat di dalam kelam

Di manakah kau wahai mata hati
Tanpamu ku takkan mengerti
Dunia yang fana ini
Tanpamu jua ku takkan mampu
menyulam bait-bait yang indah
Untuk tatapan an-Nas

Mata hatiku sudah buta
Aku semakin hilang punca
Nukilanku hambar
Layu tidak bernyawa.